Krisis Rusia-Ukraine: WHO minta Ukraine musnahkan makmal patogen
Krisis Rusia-Ukraine: WHO minta Ukraine musnahkan makmal patogen
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati Ukraine supaya memusnahkan patogen atau berisiko tinggi menjangkiti manusia yang disimpan di makmal-makmal kesihatan awam negara itu, lapor laman berita Wionews kelmarin.
Saranan WHO itu bagi mencegah sebarang risiko tumpahan yang akan menyebarkan penyakit dalam kalangan penduduk tempatan.
Pakar-pakar biosekuriti WHO berkata, kemaraan tentera Rusia di Ukraine dan pengeboman bandar-bandarnya telah meningkatkan risiko pembebasan patogen penyebab penyakit, sekiranya makmal kesihatan tersebut rosak.
Makmal-makmal kajian patogen di Ukraine mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan WHO.
Dalam pada itu, WHO turut memberitahu bahawa pihaknya telah bekerjasama dengan makmal kesihatan awam Ukraine selama beberapa tahun untuk mempromosikan amalan keselamatan yang membantu mencegah pelepasan patogen secara tidak sengaja atau sengaja.
Bagaimanapun, WHO tidak menyatakan tempoh khusus untuk Ukraine berbuat demikian dan tidak memberikan butiran lanjut tentang jenis patogen atau toksin yang ditempatkan di makmal-makmal negara itu.
Agensi itu juga tidak menyatakan sama ada cadangannya akan dipatuhi oleh Ukraine.
Pegawai Ukraine di Kyiv dan di kedutaan mereka di Washington juga menolak untuk membuat sebarang komen berhubung usul WHO.
Keupayaan makmal Ukraine untuk bertahan berada ketika perang berlaku semakin tipis sejak Rusia mula menceroboh jirannya itu dua minggu lalu.
Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova mengulangi dakwaan bahawa AS mengendalikan makmal senjata biologi di Ukraine.
Zakharova berkata bahawa dokumen yang digali oleh tentera Rusia di Ukraine menunjukkan percubaan kecemasan untuk memadam bukti program biologi ketenteraan dengan memusnahkan sampel makmal.
Sebagai tindak balas, Jurucakap Presiden Ukraine menafikan sebarang kewujudan makmal sedemikian di negaranya.
“Ukraine menafikan dengan tegas sebarang dakwaan sedemikian,” kata jurucakap itu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]
- PKR, PH dan MUDA cuba menjarakkan diri antara satu sama lain
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi
Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.