Pecutan terakhir PRN Johor
SHAH ALAM – Tidak sampai 24 jam lagi tempoh berkempen, kesemua parti dan calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor melakukan pecutan terakhir untuk bertemu seberapa ramai pengundi sebelum bangsa Johor memilih wakil rakyat masing-masing esok.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, terdapat tiga pendekatan yang diambil Pakatan Harapan (PH) sebelum tibanya hari mengundi, antaranya terus kekal menyampaikan maklumat kepada pengundi Johor untuk mengenali calon PH.
“Kita juga mahu pastikan semua pengundi yang berada di luar Johor pulang mengundi, selain memastikan jentera untuk hari mengundi bersiap sedia,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Parti Warisan Johor, Suhaimi Salleh pula berkata, pihaknya akan terus mendampingi rakyat dengan melaksanakan program tinjauan mesra, kempen rumah ke rumah serta melakukan program diskusi dan ceramah.
“Kita tidak ada langkah terakhir, dari awal hingga akhir sama sahaja. Kita akan terus mendampingi rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ulya Aqamah Husamudin memberitahu, pihaknya turut melakukan inisiatif sama iaitu meneruskan kempen berkelompok di samping kempen dari rumah ke rumah.
“Saya percaya pengundi ini lebih mudah untuk mendapat maklumat jika kita mendekati mereka secara terus,” ujar beliau.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mengakui semua jentera BN berada dalam keadaan bersiap sedia untuk hari mengundi esok.
“PRN Johor ini bukan sahaja kerana kita nakkan kestabilan politik, tetapi turut memerlukan parti yang kuat untuk memerintah negeri ini.
“Paling penting kita memerlukan permulaan baharu. Kita tidak boleh lagi berada dalam kedudukan suram, celaru dan tidak menentu sebegini,” tegasnya.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perikatan Nasional (PN) akan mewujudkan skuad untuk memantau politik beli undi saat akhir.“Ini adalah salah satu strategi terakhir PN sebelum tibanya hari mengundi Sabtu ini, selain meningkatkan usaha berjumpa dengan lebih ramai pengundi Johor.
“Ini penting untuk kita tingkatkan peratusan keluar mengundi dengan sasaran lebih 75 peratus,” jelas beliau.
Bagi Naib Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Zaidel Baharuddin, pihaknya sudah pun menghebahkan pesanan dan amanat melalui video yang dimuat naik di media sosial.
“Muda merayu semua pengundi keluar mengundi kerana masa depan Johor bergantung kepada rakyatnya. Kita sudah melakukan yang terbaik dengan bersemuka dengan pengundi Johor,” katanya.
Pecutan terakhir PRN Johor
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]
- PKR, PH dan MUDA cuba menjarakkan diri antara satu sama lain
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi
Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]
Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]