91.1 peratus populasi remaja di Malaysia lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,834,807 individu atau 91.1 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, setakat Khamis.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sebanyak 2,934,891 individu atau 94.3 peratus daripada kumpulan itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sebanyak 1,097,425 individu atau 30.9 peratus telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Sementara itu, bagi populasi dewasa, sejumlah 15,202,158 individu atau 64.6 peratus telah menerima dos penggalak Covid-19 manakala sejumlah 22,932,696 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 23,209,324 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian pada Khamis menyaksikan sebanyak 64,759 dos vaksin diberikan meliputi 20,178 dos pertama, 1,736 dos kedua dan 42,845 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,002,567.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 70 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Perak merekodkan angka tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Selangor (11), Johor (10) dan Kelantan (sembilan).

Kedah merekodkan tujuh kes, Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing empat kes, Pahang (tiga) manakala masing-masing satu kes di Perlis dan Terengganu. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker