Mat Maslan libas PN dan pembangkang, nak umum calon MB pun tak berani

PONTIAN: Seorang pemimpin Umno berkata, kegagalan parti-parti yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Johor selain Barisan Nasional (BN) menamakan calon Menteri Besar membuktikan mereka tidak serius dan tiada calon sesuai.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, ini berbeza dengan BN yang lebih awal menamakan Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar sekiranya berjaya memenangi PRN Johor.

“Rakyat Johor masih tidak tahu setakat petang Jumaat ini, siapakah Menteri Besar daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang.

“Dalam erti kata lain, mereka tiada calon Menteri Besar atau berebut calon. Kalau pun mereka umum malam ini, ia sudah terlambat memandangkan esok (Sabtu), rakyat Johor pergi membuang undi,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Hasni akan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan.

PN pula dilaporkan akan memutuskan calon Menteri Besarnya selepas memenangi PRN Johor pada esok.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, pengundi tidak perlu bimbang kerana calon yang bertanding mempunyai kelayakan yang baik.

Sebelum ini juga Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata, isu mengenai siapa pemimpin yang akan diangkat sebagai Menteri Besar juga tidak dibincangkan sehingga kini oleh pucuk pimpinan parti itu.

Mat Maslan libas PN dan pembangkang, nak umum calon MB pun tak berani

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker