Program Imunisasi Covid-19, Kerajaan Malaysia, KKM & KJ di cabar di Mahkamah



PETALING JAYA: Beberapa kakitangan akademik dan pentadbiran Universiti Malaya memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Mereka memfailkan izin untuk memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Oktober lalu, bagi membatalkan arahan kerajaan untuk melaksanakan program berkenaan berdasarkan pekeliling yang dihantar kepada mereka.

Sembilan belas pemohon dari universiti itu menamakan Pendaftar Universiti Malaya; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Khairul Adib Abd Rahman; Kementerian Kesihatan dan kerajaan sebagai responden.

Sementara itu, lima guru turut memfailkan permohonan serupa dengan menamakan Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan serta kementerian mereka, selain Khairul dan kerajaan sebagai responden

Dalam permohonan dan afidavit yang dilihat oleh FMT, pemohon berkata, sebagai penjawat awam mereka mempunyai kebebasan sama ada mahu menyertai program berkenaan atau tidak.




Menurut mereka, tindakan kerajaan memaksa mereka mengambil vaksin melanggar hak asasi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka turut memohon perintah oleh pentadbiran UM atau Kementerian Pendidikan untuk menangguhkan pekeliling berkenaan sehingga permohonan semakan kehakiman itu diselesaikan.

Selain itu, mereka turut memohon perintah supaya kerajaan mendedahkan butiran semua ujian klinikal ke atas vaksin yang digunakan selain kesan sampingan susulan program imunisasi berkenaan.

Kesemua 24 pemohon berpendirian bahawa keputusan kerajaan untuk menyuntik vaksin ke badan mereka adalah tidak sah, tidak rasional dan tidak berperlembagaan.

FMT difahamkan, Peguam Negara Idrus Harun membantah permohonan mereka itu atas alasan ia bersifat remeh dan menyusahkan.




Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 5 April untuk mendengar dua permohonan itu serentak.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.