PRN Johor: ‘Inilah Gaya Golongan Pelampau Politik Terdesak’, Kata Zahid

PRN Johor: ‘Inilah Gaya Golongan Pelampau Politik Terdesak’, Kata Zahid

Pembangkang terus menyemai politik kebencian dengan melakukan serangan-serangan peribadi terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

Terkini sebuah kain rentang yang memaparkan wajah Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama pelbagai dakwaan telah diletakkan di kawasan Kulai.



Menurut Ahmad Zahid, inilah gaya berkempen golongan pelampau politik sanggup melakukan apa sahaja apatah lagi dalam keadaan terdesak.

“BN mengetengahkan tawaran mengembalikan kestabilan, kemakmuran, kemajuan, kesejahteraan kepada Johor.

“Daripada siri ceramah, perbahasan di Dewan Rakyat sehingga memasang sepanduk-sepanduk yang tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Hakikatnya pendakwaan mahkamah yang mereka kenakan terhadap saya dan pemimpin BN tiada kaitan dengan PRN Johor,” katanya.

Menurut Zahid, barangkali ini sahaja senjata kempen mereka miliki selepas menyedari majoriti rakyat sudah tahu tentang penipuan mereka.



“Saksikan pendakwaan terpilih yang mereka kenakan terhadap saya dan pemimpin BN kami harungi dengan penuh ketabahan.

“Kami tahu inilah harga perlu kami bayar demi memastikan BN tidak sesekali “inalilahi wainalilahi rojiun” seperti mereka hasratkan.

“Kami tahu inilah pengorbanan demi memastikan UMNO tidak “dihijack”. Mereka telah lama merancang, tetapi kami tidak lalai,” katanya.

Tambahnya, mereka tidak boleh menjawab secara terperinci mengenai kes kepada umum kerana itu dianggap “contempt of court”.



“Mereka pula sewenang-wenang menggunakan pendakwaan terpilih yang mereka kenakan terhadap lawan politik sebagai bahan kempen.

“Kami diprovokasi untuk berlawan dengan tangan diikat itulah sifat pelampau politik licik dan penuh dengan tipu daya,” katanya.

Ujar beliau lagi, bagaimanapun beliau fikir rakyat Johor sudah jemu dan muak dengan permainan politik seperti itu.

“Apatah lagi selepas mereka menyaksikan ekonomi dan segala yang baik di Malaysia musnah sesudah Pilihan Raya Umum ke-14.



“Tarikh 12 Mac masa untuk Bangsa Johor tebus kesilapan lalu dan menghukum pelampau parti politik yang pernah memperdaya mereka,” katanya.- BN Online

PRN Johor: ‘Inilah Gaya Golongan Pelampau Politik Terdesak’, Kata Zahid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker