Dakwaan Buruh Paksa: Kesalahan Di Negara Sumber, Malaysia Tidak Wajar Dipersalahkan – Saravanan

Dakwaan Buruh Paksa: Kesalahan Di Negara Sumber, Malaysia Tidak Wajar Dipersalahkan – Saravanan

Kebanyakan isu dakwaan berkaitan buruh paksa banyak dikesan berlaku di negara asal atau negara sumber dan ia tidak melibatkan Malaysia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, Malaysia tidak seharusnya dipersalahkan kerana ia membabitkan ejen di negara tersebut yang bertindak meminta bayaran tinggi sehingga ada yang mencecah jutaan ringgit daripada rakyat mereka yang mahu bekerja di negara ini.

Saravanan berkata, beban hutang yang tinggi dalam kalangan pekerja asing tersebut juga antara faktor mengapa mereka sanggup membuat bayaran tinggi kepada ejen terbabit untuk bekerja di Malaysia.

“Kadang-kadang ada industri mereka ini, tidak sedar mereka telah melakukan kesalahan contohnya ada juga aduan yang diterima dimana kesalahan pekerja asing dimana mereka perlu membayar berjuta-juta untuk masuk ke negara ini.

“Ini berlaku di negara sumber dan bukan di Malaysia dan apa yang berlaku di negara tersebut, Malaysia memang tidak ada pengetahuan tetapi akhirnya kita yang menjadi mangsa keadaan , salah satu faktor force labour ini adalah beban hutang (pekerja) di negara tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau amat berharap semua pihak khususnya pemain industri mengambil serius berhubung amalan buruh paksa tersebut.

Saravanan berkata, Malaysia komited untuk menangani isu berkaitan buruh paksa dan inisiatif yang dianjurkan menerusi forum Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa anjuran HRD Corp diharap dapat memberi kesedaran dalam kalangan penggiat industri di negara ini.

Jelasnya, forum itu juga bagi menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa berkenaan kesungguhan dan komitmen Malaysia berhubung isu buruh paksa tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai pembekalan pekerja asing dari Indonesia, Saravanan berkata, Malaysia akan memuktamadkan perkara tersebut menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani antara kedua-dua negara di Bali, Indonesia yang dijangka 17 Mac ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka dan Siri Forum Nasional HRD Corp. bertajuk Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Khamis.

Turut hadir ,Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli panel yang turut dihadiri wakil-wakil kedutaan dan pertubuhan antarabangsa.-AA

Dakwaan Buruh Paksa: Kesalahan Di Negara Sumber, Malaysia Tidak Wajar Dipersalahkan – Saravanan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker