Akibat Terlalu Kotor Restoran Di Sandakan Diarah Tutup 14 Hari
Akibat Terlalu Kotor Restoran Di Sandakan Diarah Tutup 14 Hari
SANDAKAN: Bahagian dapur memasak yang becak dan kotor, sisa makanan bertaburan di atas lantai belakang premis, bahan masakan terdedah, tong sampah tiada penutup, itu antara keadaan sebuah restoran di Bandar Avenue, Sandakan, yang kritikal sehingga diarah tutup serta-merta oleh Jabatan Kesihatan Sandakan dalam satu operasi pada Selasa malam.
Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, restoran berkenaan dikenakan perintah tutup selama 14 hari dan diarah agar segera menjalankan kerja pembersihan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjalankan operasi berkenaan.
Manakala, lapan lagi notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya ada pekerja tidak melakukan pemeriksaan kesihatan dan tiada tanda amaran larangan merokok.
Beliau turut menasihatkan peniaga restoran di daerah itu agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan pihaknya.
“Saya ingin menasihatkan semua pemilik premis makanan supaya patuhilah kepada Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang mana kita sudah beritahu lebih awal tentang 30 perkara yang mereka perlu patuhi
“Ini antara yang sangat penting kerana setaip premis makanan mesti pastikan makanan yang disediakan kepada pelanggan itu adalah makanan yang sihat, selamat dan berkualiti untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan yang boleh menyebabkan wabak dan juga boleh menyebabkan suatu malapetakalah kepada pelanggan-pelanggan di restoran tersebut,” katanya.
Dr Johari turut menyarankan pelanggan restoran di daerah itu agar tidak segan silu melakukan tinjauan sendiri ke bahagian dapur restoran demi kesihatan mereka sendiri.-AA
Akibat Terlalu Kotor Restoran Di Sandakan Diarah Tutup 14 Hari
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
- Tok Mat lipat Tajuddin
- Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.