Petani tuai ubi keladi 22.68 kilogram

PETANI Hawaii, Clarence Medeiros menuai pokok ubi keladi seberat 22.68 kilogram yang dipercayai mungkin memecahkan Rekod Dunia Guinness. – Hawai‘i ‘Ulu Cooperative/Facebook

HONOLULU, HAWAII – Seorang petani Hawaii dipercayai mencatat rekod baharu dunia selepas menuai sebatang pokok ubi keladi seberat 22.68 kilogram, lapor United Press International (UPI) semalam.

Clarence Medeiros merupakan petani di Pulau Besar Hawaii. Dia menanam pokok ubi keladi yang dikenali sebagai Taro di Hawaii sejak 50 tahun lalu. Medeiros kerap menuai ubi keladi bersaiz besar di kebunnya termasuk seberat hampir 15 kilogram pada musim menuai yang lalu.

Petani itu berkata, dia dan isterinya, Nellie terkejut setelah pokok ubi keladi yang dituai mereka pada minggu lalu itu mempunyai ukur lilit 68.6 sentimeter (sm).

“Saya fikir beratnya kurang daripada 11.34 kilogram. Saya mengagak beratnya ringan,’’ katanya kepada stesen televisyen tempatan, KHNL-TV.

“Dengan berat demikian, ia mungkin menjadi rekod dunia. Mata kami terbuka luas setelah melihat beratnya apabila ditimbang pada alat penimbang. Ia tidak mungkin seberat itu,’’ tambahnya.

Pegawai-pegawai daripada persatuan petani tempatan menyaksikan pokok ubi keladi itu ditimbang sebagai bukti untuk Rekod Dunia Guinness.

“Saya telah melihat banyak pokok ubi keladi selama bertahun-tahun, tetapi tiada yang sebesar itu. Jadi ia sangat menakjubkan,’’ kata Holokai Brown daripada persatuan tersebut. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker