NATO dibidas takut dengan Rusia, enggan wujudkan zon larangan terbang
KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengecam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam kerana menolak untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara negaranya sedangkan perikatan tersebut mengetahui serangan Rusia akan lebih sengit.
Terdahulu semalam, NATO menolak permintaan Ukraine itu yang bertujuan menyekat pengeboman oleh Rusia, namun NATO memberi amaran kepada Presiden Vladimir Putin bahawa sekatan baharu akan dilaksanakan sekiranya beliau tidak menghentikan peperangan.
“NATO sengaja memutuskan untuk tidak menutup ruang udara Ukraine sedangkan ia mengetahui serangan baharu dan korban baharu tidak dapat dielakkan.
“Kami percaya bahawa negara-negara NATO sendiri tidak mahu menutup ruang udara Ukraine kerana tindakan itu menjadi provokasi untuk Rusia memerangi NATO,” kata Zelenskyy dalam satu kenyataan video.
Ketua NATO, Jens Stoltenberg telah berkata, perikatan tentera itu tidak akan campur tangan dalam konflik Ukraine kerana bimbang konfrontasi secara langsung dengan Moscow akan menyebabkan perang menjadi lebih meluas.
“Satu-satunya cara untuk menguatkuasakan zon larangan terbang adalah dengan menghantar jet-jet pejuang NATO ke ruang udara Ukraine dan menembak pesawat Rusia.
“Sekiranya kami berbuat demikian, perang skala penuh akan tercetus di Eropah yang akan melibatkan lebih banyak negara dan menyebabkan lebih banyak penderitaan kepada manusia,” katanya.
Bagaimanapun, Zelenskyy bertegas bahawa perhimpunan NATO mengenai Ukraine adalah lemah dan mengelirukan .
“Semua orang yang mati mulai hari ini (semalam, mati disebabkan oleh kamu (NATO). Mereka mati disebabkan oleh kelemahan kamu.
“Hari ini (semalam) kepimpinan NATO memberi lampu hijau untuk pengeboman seterusnya ke atas bandar-bandar dan kampung-kampung di Ukraine kerana enggan melaksanakan zon larangan terbang,” tegasnya. – AFP
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
- Mahathir semua ‘taktau’
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
- Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
- Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
- Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Leissner sogok suami Zeti
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot
You must be logged in to post a comment.