PRN Johor: Hanya BN berteras Umno jamin kestabilan politik

 Konsep Umno sebagai parti teras yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) berperanan besar dalam memastikan kestabilan politik, berbanding gabungan lain yang menyaksikan sesama parti komponennya bertelagah.

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, BN berjaya menghasilkan kestabilan kerana ia memberikan peranan yang jelas untuk Umno dan hubungan dengan parti komponen lain.

“BN mempunyai susunan, struktur dan pendekatan sangat jelas dari aspek perkongsian kuasa dalam membawa kestabilan.

“Dari segi soal perkongsian kuasa, BN sangat jelas, iaitu kita tidak seperti gabungan politik lain yang berkehendakkan setiap parti bertanding dengan kerusi yang lebih kurang sama,” katanya dalam temu bual dengan Utusan

Umno dan BN sering dikritik kerana mengamalkan budaya yang dipanggil ‘abang long’ dalam politik gabungan itu.

Persaingan antara Bersatu dan Umno dalam kerjasama mereka menyaksikan tumbangnya kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan konflik berterusan dalam kerajaan Ismail Sabri Yaakob.

Umno sering dilihat sebagai parti politik berasaskan Melayu yang terbesar dan mahu kedudukannya itu diiktiraf pihak lain dalam sebarang kerjasamanya.

“Dalam BN ada parti teras. Gabungan parti politik lain tiada parti teras, jadi mereka tidak membawa kestabilan. Gabungan tiada parti teras sentiasa bersaing, berlawan dan bergaduh antara satu sama lain,” katanya.

Khaled berkata, parti komponen BN yang lain membenarkan Umno bertanding lebih banyak kerusi kerana meyakini keperluan konsep “parti teras” itu.

Pada masa masa, Umno tidak mengaut semua kerusi yang dipertandingkan bagi memelihara kerjasama antara parti.

“Parti komponen lain masuk juga bertanding tetapi tidaklah sama banyak macam Umno,” katanya.

Pada PRN Johor ini, Umno bertanding lebih daripada separuh kerusi di negeri itu, iaitu 37 kerusi manakala MCA di 15 kerusi dan MIC empat.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi.

“Sekiranya apa-apa berlaku, Umno kuat,” katanya.

“Jika kita lihat pula Pakatan Harapan (PH), sekutunya, Amanah bertanding 16, DAP 14 dan PKR 20. Jadi tak ada siapa yang lebih 28 (iaitu separuh daripada keseluruhan jumlah DUN) dan tiada parti teras.

“Sekiranya apa-apa berlaku susulan keputusan 12 Mac ini, DAP boleh tarik Amanah supaya mempunyai lebih kerusi daripada PKR dan PKR boleh tarik Amanah untuk lebih daripada DAP.”

Beliau juga membayangkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) berpotensi mencetuskan masalah.

“Dalam PN pula, betul Bersatu bertanding lebih 30 kerusi, tetapi ada ‘Friends of PN’, iaitu sayap bersekutu (yang disertai bukan Melayu). Itu sebab konsep dan susunan BN bawa kestabilan,” katanya.

Khaled menjelaskan politik majmuk memerlukan parti orang Melayu menjadi teras dalam kerajaan yang ingin dibentuk.

“Katalah ada kerajaan tetapi orang Melayu tak menyertai, boleh ‘jalan’ tak kerajaan itu? Itu sebabnya kena faham dan itulah konsep BN,” katanya.

Khaled berkata, setiap parti komponen BN sedar akan peranan dan batas masing-masing.

“Saya UMNO dan saya perjuangkan orang Melayu, MCA perjuangkan kaumnya dan MIC begitu juga. Namun apabila mereka datang ke BN, kita bertoleransi dan kena sederhana manakala parti komponen lain jangan cakap soal bangsa, itu konsepnya. Jika nak bercakap soal orang Melayu, cakap dalam Umnolah,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker