Bank boleh beku akaun disyaki terbabit aktiviti haram

Pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata sekiranya transaksi sesebuah akaun menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara bagi membolehkan penilaian secara menyeluruh dilaksanakan, di samping memastikan wang daripada aktiviti penipuan atau jenayah lain tidak dikeluarkan daripada akaun.

“Ini dilaksanakan berdasarkan kepada analisa yang dijalankan oleh pihak bank.

“Antara bentuk sekatan yang boleh dikenakan oleh bank adalah menyekat kemudahan perbankan internet, kad debit dan mesin juruwang automatik, selain penutupan akaun setelah pihak bank berpuas hati dengan hasil penilaian mereka,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, pada Khamis.

. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengenai sama ada pihak bank berkuasa untuk menutup akaun pengguna berdasarkan fakta terdapat transaksi mencurigakan dalam akaun pelanggan.

Tengku Zafrul berkata pihak bank boleh mengambil keputusan untuk meneruskan transaksi atau urusan perniagaan dengan pemegang akaun, atau tidak meneruskan transaksi dan menutup akaun pelanggan selepas menilai tahap risiko yang sewajarnya, tertakluk kepada perintah sekatan dikeluarkan pihak berkuasa.

“Langkah penutupan akaun hanya diambil setelah pelaksanaan penilaian yang menyeluruh telah dilakukan, dan setelah memberi notis dalam tempoh yang munasabah kepada pelanggan.

“Secara ringkas, penamatan hubungan antara bank dan pelanggan bukanlah keperluan di bawah undang-undang. Ia adalah panggilan perniagaan oleh pihak perbankan atau institusi kewangan berdasarkan penilaian risiko dalaman mereka,” katanya.

– Bernama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker