PRN Johor: DAP parti rasis, tiada tempat dalam politik Malaysia
JOHOR BAHRU: DAP tidak seharusnya diberikan tempat dalam politik tanah air khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana sikap pemimpin dan ahli-ahlinya yang rasis.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, parti itu mendapat kuasa hanya melalui fitnah dan janji palsu semata-mata termasuk memburukkan karektor BN.
Menurut beliau, perkara itu dapat dilihat setelah parti berkenaan diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, mereka bukan sahaja gagal tetapi bersikap rasis.
“Provokasi antara kaum di negara ini meningkat, menjadikan rakyat berpecah-belah dan ini berpunca daripada DAP dan ahli-ahli mereka. Parti itu memainkan pelbagai isu sehingga mencetuskan kemarahan pihak lain.
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu dipimpin oleh Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin), dan sehingga ini saya lihat beliau terikut dengan trend DAP iaitu menyalahkan orang lain, orang lain perompak, orang lain penipu, orang lain pembohong,” katanya ketika menghadiri perjumpaan dengan Jentera BN Sabah di Ulu Tiram, malam tadi.
Menurut beliau, Muhyiddin berlagak seolah-olah hanya dia seorang sahaja yang suci, bersih dan maksum.
“Sehubungan itu, saya nasihatkan jentera parti agar jangan terikut dengan perangai mereka, walaupun mereka menang (dahulu) tetapi kemenangan itu tidak ada hikmah dan Allah rampas daripada mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Bung Moktar turut memberitahu, pihaknya percaya PRU akan diadakan dalam waktu terdekat tanpa mengambil kira keputusan PRN Johor pada 12 Mac ini.
“Ambil pengalaman sebanyaknya di bumi Johor ini dan bawanya pulang ke Sabah dan gunakan dalam PRU akan datang, ini kerana ketika PRN Melaka lalu pengundi baharu masih belum berkuat kuasa,” ujarnya.
PRN Johor: DAP parti rasis, tiada tempat dalam politik Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP