Pemancing Diselamatkan Selepas Beberapa Kali Azan

Pemancing Diselamatkan Selepas Beberapa Kali Azan

Langkawi: “Selepas beberapa kali azan, akhirnya ada bot nelayan yang lalu di kawasan berhampiran nampak kami terapung sebelum mereka datang memberi bantuan.

“Sebelum itu, ada juga bot yang lalu, tapi mereka tak nampak kami, mungkin belum terbuka ‘hijab’ ketika itu,” kata pemancing, Mohd Syahrin Samsudin, 43.

Mohd Syahrin dari Perlis antara pemancing berdepan detik cemas selama lima jam selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Beras Basah di sini, petang semalam.

 

Dalam kejadian 2 petang itu, bot Empayar Mahsuri yang membawa 14 pemancing dan empat kru dilaporkan bocor sebelum karam akibat dipukul ribut.

Menceritakan lanjut, Mohd Syahrin berkata, dia bersyukur kesemua pemancing diselamatkan oleh sebuah bot pukat tunda, jam 7.30 malam tadi.

“Saya lega bila bot (pukat tunda) menyalakan semula lampu ke arah kami, maknanya ada respons daripada mereka,” katanya ketika ditemui di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Bukit Malut di sini, malam tadi.

Mohd Syahrin berkata, dia bersama 13 rakan pemancing berada di laut selama dua malam selepas keluar dari Jeti Kuala Perlis untuk memancing pada pagi, Khamis.

“Hari ini (semalam) kami nak ubah ke tempat baharu untuk memancing dan dijangka esok pagi (hari ini) kami akan tiba di Kuala Perlis selepas menyertai trip memancing selama empat hari tiga malam.

“Ketika terapung, saya hanya memikirkan cara untuk terus bertahan dengan mengingati balik perkara yang pernah dipelajari termasuk kaedah menenangkan rakan-rakan yang semua dalam keadaan panik,” katanya.

Sementara itu, tekong bot Empayar Mahsuri, Baseri Aziz, 55, berkata, kejadian berlaku pantas ketika cuaca buruk dan ombak setinggi kira-kira lima meter.

“Papan depan bot tiba-tiba terbuka luas, kemudian (papan) bawah pun pecah menyebabkan air masuk ikut depan dan tak dapat nak buat apa-apa sebelum bot tenggelam, 1.45 tengah hari.

“Ketika kejadian kami dalam perjalanan balik dengan kelajuan dalam empat knot, selain cuba merapat ke pulau berdekatan sebab ombak kuat kerana cuaca buruk,” katanya.

“(Kejadian sangat) pantas, papan tu pecah sekeping, depan tu terbuka, jadi air terus masuk.”

Itu kata tekong bot, Baseri Aziz, 55, yang mendakwa ombak kuat setinggi lebih 5 meter membadai bahagian depan kapal mengakibatkan bahagian depan pecah dan menyebabkan kapal itu karam.

“Ombaknya terlalu kuat melebihi 5 meter, jadi perjalanan balik kami dalam 4 knot atau 3 knot, tidak boleh lebih, tidak boleh laju.

“(Kejadian sangat) pantas, sebab papan depan tu pecah sekeping, depan tu terbuka, jadi air terus masuk.”

“Dalam pukul 1.30 pagi tu kami dah cuba macam-macam, pukul 1.45 tu terus tenggelam,” kata Baseri lagi.

Sementara itu, mangsa Syahrin Samsudin, 43, dari Perlis berkongsi pengalaman cemas tujuh jam terumbang-ambing di lautan.

Syahrin berkata keadaan lebih mencemaskan apabila suasana semakin gelap manakala rakan-rakan mangsa yang lain mulai keletihan.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi mereka apabila tindakan melambai-lambaikan nyalaan lampu suluh mendapat perhatian sebuah bot pukat tunda yang berada berhampiran.

“Kalau fikir nak berenang sampai ke malam tak tentu sampai ke pulau, kan?

“Jadi kami berpecah, pakai lampu suluh untuk beri isyarat keselamatan kepada bot yang berada berdekatan.

“Itu dah habis ikhtiar dah kalau menjerit tu dah habis menjeritlah.

“Waktu jumpa tu dah 7.15 pagi, dah nak gelap dah. Alhamdulillah bot tu nampak satu group melambai-lambai dan saya pun bagi beam torchlight.

“Dia bagi respond kami pun lapang dada, dia pasang lampu ke arah kami,” kata Syahrin

 

Menurutnya, dia dan rakan-rakan serta kru bot sudah berada di laut selama dua malam selepas meninggalkan jeti Kuala Perlis pada Khamis pagi.

“Jumaat malam Sabtu hari ini kami nak bergeraklah ke lokasi lain memancing, dan sepatutnya bot tu balik esok pagi ke Kuala Perlis.
“Trip ni 4 hari 3 malam,” kata Syahrin.

14 pemancing, 4 kru diselamatkan nelayan

Semua 14 pemancing dan empat kru yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam dipercayai dipukul ribut pada kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, hari ini, dilaporkan selamat.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih dalam usaha menyelamatkan semua mangsa.

“Kapal KM Tenggol dan Bot Penyelamat 5 milik Maritim Malaysia dalam perjalanan ke posisi bot nelayan yang dilaporkan menyelamatkan mangsa.

“Kita masih dalam usaha menyelamat,” kata kenyataan itu.

Katanya, menerusi sektor operasi yang diperluaskan dari lima hingga 10 batu nautika, pasukan SAR menemui beberapa objek terapung termasuk tong ikan, tin biskut dan gabus dipercayai milik bot berkenaan. HM/AA

Pemancing Diselamatkan Selepas Beberapa Kali Azan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker