Empat Beranak Maut: Pemandu Hilux Akan Ditahan

Empat Beranak Maut: Pemandu Hilux Akan Ditahan

Pemandu kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan hari ini hingga empat beranak terkorban termasuk dua kanak-kanak akan ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifuddin Mohd. Salleh berkata, pemandu hilux yang berusia 27 tahun itu akan ditahan dalam masa terdekat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



“Kejadian pada pukul 11.20 pagi itu berlaku di Lebuh Raya Sultan Iskandar berhampiran Wisma Tani, dekat sini.

“Kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux yang dipandu dari arah Bangi menghala Selayang telah terbabas di selekoh lalu melanggar pokok yang berada di pembahagi jalan.

“Rempuhan itu menyebabkan kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Sarifuddin berkata, akibat dari kemalangan tersebut, empat sekeluarga berusia 3 hingga 31 tahun yang berada di dalam kereta (MPV) Hyundai Starex itu telah disahkan maut di lokasi oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S Lee ditalian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE / BH

Empat Beranak Maut: Pemandu Hilux Akan Ditahan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker