Anggota dan aset ATM telah digerakkan dikawasan banjir untuk bantu semampu mungkin

SHAH ALAM – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan anggota dan asetnya untuk bantu semampu mungkin mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkongsi perkara itu di Facebook pada Ahad memaklumkan, anggota dan aset terutama daripada Briged Kelapan Infantri Malaysia mula diatur gerak melalui Operasi Murni (Ops Murni).

“ATM memberi perhatian penuh terhadap situasi banjir di beberapa kawasan terutama di Kelantan dan Terengganu ketika ini.



“Pasukan 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) kini telah diatur gerak ke Rantau Panjang, Pasukan 16 RAMD ke Hulu Terengganu, manakala Pasukan 5 Rejimen Artileri Diraja (RAD) ke Besut.

“Insya-ALLAH, ATM akan lakukan apa jua yang terdaya bagi membantu mangsa banjir di sana. Jaga diri dan keselamatan semua,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan kini terjejas akibat banjir dengan 6,327 orang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 9 malam Sabtu.

Di Terengganu, lapan daerah yang terjejas akibat banjir iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu.



Tiga daerah mula dilanda banjir sejak lewat petang Sabtu iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, seramai 3,334 individu daripada 931 keluarga ditempatkan di 71 PPS di seluruh Terengganu, dengan daerah Kemaman mencatatkan jumlah penduduk tertinggi terjejas akibat banjir.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat 9 malam ini apabila seramai 2,993 orang daripada 881 keluarga berbanding 2,186 orang daripada 622 keluarga, petang Sabtu.

Anggota dan aset ATM telah digerakan dikawasan banjir untuk bantu semampu mungkin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara



Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion



Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker