Malaysia, Thailand setuju laksana VTL

Malaysia, Thailand setuju laksana VTL

BANGKOK: Malaysia dan Thailand bersetuju secara dasar untuk melaksanakan VTL udara, darat dan laut, bagi memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua buah negara.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata kementerian dan agensi berkaitan akan mengadakan perbincangan bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan, untuk membuka semula sempadan dalam masa terdekat melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dan skim ‘Test & Go’.

“Sebagai permulaan, kita boleh melaksanakan VTL-Udara di antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi. Kita juga akan mempertimbangkan untuk menambah destinasi-destinasi yang lain di masa akan datang.

“Skim VTL juga akan diperkembangkan untuk pembukaan sempadan darat melalui Bukit Kayu Hitam-Sadao, serta termasuk semua CIQ yang di utara semenanjung dan Selatan Thailand, dan VTL-Laut di antara Langkawi-Satun.

“Ini sudah tentu akan dapat membantu untuk memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua pihak, terutamanya untuk sektor pelancongan,” katanya pada sidang media bersama selepas mesyuarat terhad dengan Prayuth.

Ismail yang kini dalam lawatan rasmi tiga hari sejak semalam ke Thailand atas jemputan Prayuth. Lawatan rasmi Ismail adalah sebahagian lawatan pengenalan ke negara-negara Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, pada Ogos 2021.

Dalam perjumpaan dengan Prayuth, Ismail berkata, kedua-dua perdana menteri turut membincangkan pembinaan jambatan persahabatan kedua merentasi Rantau Panjang-Sungai Golok, dan jambatan baharu untuk Pengkalan Kubor-Tak Bai disegerakan.

“Kami berdua bersetuju agar agensi berkaitan dapat menyegerakan pembinaan projek-projek ini bagi kelancaran pergerakan rakyat dan barang-barang di antara kedua-dua negara,” katanya.

Ismail berharap beliau dapat bekerjasama rapat dengan Prayuth, bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala yang akrab ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Sebagai negara jiran terdekat, adalah penting bagi Malaysia dan Thailand untuk menjalin kerjasama yang lebih aktif di pelbagai peringkat, di samping meneroka bidang-bidang kerjasama baharu, terutamanya dalam usaha pemulihan kesan pandemik Covid-19,” katanya.

Berhubung isu serantau, Ismail berkata, beliau dan Prayuth turut membincang situasi di Myanmar.

“Kami bersetuju bahawa adalah penting bagi ASEAN untuk terus memainkan peranan positif dan konstruktif dalam mencari solusi aman dan berkekalan demi kepentingan Myanmar dan juga Komuniti ASEAN.

“Kami berkongsi pandangan yang sama bahawa adalah penting bagi Myanmar untuk bekerjasama dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara dan keperluan untuk memelihara kredibiliti dan integriti ASEAN. Kami berharap agar demokrasi akan dapat kembali di Myanmar,” katanya.

Sementara itu, Ismail turut menzahirkan sokongan padu Malaysia kepada Prayuth untuk Kepengerusian Thailand bagi APEC 2022.

“Saya berharap untuk dapat datang semula ke Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak APEC pada akhir tahun ini,” katanya.

Malaysia dan Thailand telah menjalin hubungan diplomatik selama 65 tahun sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. FMT

Malaysia, Thailand setuju laksana VTL


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker