4 bulan lagi untuk nikmati insentif cukai kereta

4 bulan lagi untuk nikmati insentif cukai kereta

Tinggal empat bulan lagi untuk rakyat Malaysia membeli kereta keluaran tempatan atau import dan menikmati insentif cukai yang akan berakhir pada 30 Jun 2022, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Di bawah Bajet 2022, kerajaan telah melanjutkan tempoh pengecualian insentif cukai jualan kereta (SST) sehingga 30 Jun 2022.

Ini bagi menggalakkan pemilikan kereta, merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan dan memacu momentum perkembangan sektor automotif.

Di bawah Bajet 2022, pengecualian cukai jualan kereta kekal seperti mana sebelum ini iaitu pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD).

Manakala, pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus dikenakan ke atas kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU) termasuk MPV dan SUV merangkumi CBU import baharu dan CBU import terpakai. MG

4 bulan lagi untuk nikmati insentif cukai kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker