Kombinasi Muka Baharu Dan Lama, Pelbagai Latar Belakang Kelebihan BN – Ahmad Maslan

Kombinasi Muka Baharu Dan Lama, Pelbagai Latar Belakang Kelebihan BN – Ahmad Maslan

Kombinasi pelbagai latar belakang yang membarisi calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diyakini mampu memberi kelebihan kepada BN pada PRN berkenaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ditambah pula dengan pelbagai latar belakang termasuklah akademik sudah tentu ianya adalah pilihan yang terbaik daripada BN untuk rakyat Johor.



“Kombinasi pelbagai latar belakang calon memberi kelebihan kepada parti untuk pengundi membuat pilihan yang tepat. Kita telah buat tapisan yang tertentu dan memanglah tidak ada manusia yang sempurna tetapi kalau seseorang itu mendapat markah 80 peratus ke atas tentu sudah dapat gred A,” katanya kepada UMNO Online, di sini, hari ini.

Pagi tadi, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mengumumkan senarai calon BN pada PRN negeri itu 12 Mac depan. Majlis pengumuman berkenaan turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pimpinan BN yang lain.

Tambah Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian, untuk mencari seseorang sempurna 100 peratus adalah satu perkara yang mustahil.



“Kita nak cari orang yang sempurna 100 peratus mana ada di dunia ini. Oleh itu kita memilih yang terbaik dikalangan yang baik-baik. Itu yang kita buat pilihan,” tambahnya.

Berkaitan calon muka baharu, Ahmad memberitahu masing-masing mempunyai pengalaman khususnya dalam politik dan sebagainya.

“Masing-masing ada pengalaman politik sekian lama… sebagai contoh di kawasan saya selain Datuk Hasni di DUN Benut, di Pulau Sebatang kita letakkan satu muka baharu Hjh Hasrunizah Hassan… beliau muka baharu tetapi ianya bukan baharu dalam politik.

“Beliau adalah Ketua Wanita UMNO yang berumur 45 tahun dan seorang jurutera. Sekarang kenalah letak jawatan setelah 22 tahun sebagai jurutera. Bekas ketua puteri dan bekas exco Puteri UMNO Malaysia.



“Jadi walaupun muka baharu tetapi bukan orang baharu dalam politik… dah banyak buat kerja di Pulau Sebatang dan saya sendiri amat senang dan tahu beliau adalah calon yang terbaik,” ujarnya.- UMNO Online

Kombinasi Muka Baharu Dan Lama, Pelbagai Latar Belakang Kelebihan BN – Ahmad Maslan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker