Ukraine putus hubungan diplomatik dengan Rusia

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Khamis memutuskan hubungan diplomatik dengan Moscow sebagai respons terhadap kempen pencerobohan yang dilancarkan mereka ke atas negara itu.

Ia menandakan perpecahan pertama sejak kejatuhan era Kesatuan Soviet pada 1991.

“Kami mengambil keputusan tegas ini,” ujar Zelenskyy menerusi satu mesej video beberapa jam selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan kempen serangan dari udara dan darat di kawasan sempadan selatan serta utara negara bekas Kesatuan Soviet tersebut.

Difahamkan, Moscow dan Kiev cuba mengekalkan hubungan yang kompleks selepas revolusi pro-Barat pada 2004 dan Crimea dirampas Kremlin pada 2014.

Menurut penganalisis, Ukraine berusaha untuk memastikan saluran diplomatik bersama Rusia sentiasa terbuka kerana ia perlu menyediakan bantuan konsular dan hal berkaitan lain kepada hampir tiga juta warga negara tersebut yang menetap di Moscow. – AFP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker