PRN Johor: MCA Umum Calon Muka Lama Dan Baru Di 14 Daripada 15 Kerusi DUN Yang Ditandingi

PRN Johor: MCA Umum Calon Muka Lama Dan Baru Di 14 Daripada 15 Kerusi DUN Yang Ditandingi

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan 14 daripada 15 calon parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

Menteri Pengangkutan itu berkata calon MCA terdiri daripada gandingan muka lama dan baharu.



“Kali ini kami cuba mencampurkan calon senior dan juga mereka yang lebih muda. Sembilan calon MCA kali ini adalah muka baharu manakala empat daripada mereka adalah wanita,” katanya dalam Majlis Pengumuman Calon MCA di sini hari ini.

Calon MCA pada PRN Johor ialah See Ann Giap bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah, Tan Chong (Bekok), Ong Chee Siang (Tangkak), Gan Qi Ru (Bentayan), Ling Tian Soon (Yong Peng) dan Ter Hwa Kwong (Penggaram).

Kelly Chye Pei Yee pula bertanding di DUN Mengkibol, Lee Ting Han (Paloh), Chan Shan Shan (Johor Jaya), Ang Boon Heng (Stulang), Tan Hiang Kee (Perling), Lim Soon Hai (Skudai), Shen Poh Kuan (Senai) dan Tan Eng Meng (Pekan Nenas).

Wee berkata calon parti itu bagi DUN Puteri Wangsa masih belum dimuktamad.

Beliau berkata MCA bersikap lebih inklusif dalam memilih calon yang bertanding dalam PRN Johor atas tiket Barisan Nasional.



Wee juga berkata MCA perlu bekerja lebih keras dalam menghadapi PRN ini terutama dengan penyertaan parti baharu yang bertanding.

“Pada Pilihan Raya Umum lepas, MCA kalah di kesemua DUN di Johor. Ini bermakna kita perlu berusaha lebih untuk mendapat mandat baharu.

“Malaysia adalah sebuah negara dengan sistem demokrasi yang subur dan semua pihak berhak bertanding.

“Kami tidak gentar dan perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional,” katanya ketika ditanya tentang keyakinan MCA pada pilihan raya itu.



Beliau juga berkata kesemua 15 calon MCA akan diperkenal pada satu majlis yang diadakan esok.– BERNAMA

PRN Johor: MCA Umum Calon Muka Lama Dan Baru Di 14 Daripada 15 Kerusi DUN Yang Ditandingi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker