Tumbuk muka abang, penulis blog dipenjara 14 hari, denda RM2,500

Tumbuk muka abang, penulis blog dipenjara 14 hari, denda RM2,500

Akibat menumbuk muka abang kandung sehingga lebam kerana enggan memberikan RM400 untuk membaiki motosikal, seorang penulis blog dihukum penjara 14 hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Zailan Yunus, 55, mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Zaidi Yunus, 56, di sebuah rumah di Jalan 23 Selayang Baru, Gombak, pada 1.30 tengah hari 18 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan bawah Seksyen 323.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap, iaitu pada 21 Feb lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada Zailan dan meminta mahkamah mengambil kira kecederaan mangsa serta rekod jenayah tertuduh pada 2020 yang juga membabitkan kesalahan bawah Seksyen 323.

Peguam M Mariappan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan pula memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh merupakan bapa tunggal yang mempunyai seorang anak. FMT

Tumbuk muka abang, penulis blog dipenjara 14 hari, denda RM2,500


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker