Kerjasama BN, Pas penyumbang kemenangan di Cameron Highlands

Agenda penyatuan ummah antara Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menjadi penyumbang utama kepada kemenangan calon BN di kerusi Parlimen itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerjasama dan bantuan daripada Pas amat jelas sekali apabila pengundi yang memberi undi kepada parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu memberi kepercayaan kepada BN.

“Ini jelas menerusi peti-peti undi yang sebelum ini dimenangi Pas tetapi di atas kerjasama dua parti BN khususnya UMNO dan Pas, dapat membuahkan hasil.

“Ini strategi yang amat baik dan kita akan teruskan strategi dan kerjasama ini untuk kita pastikan agenda penyatuan ummah di negara ini dapat terus diperkasakan,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pengumuman keputusan PRK Cameron Highlands di Dewan Gemilang SMK Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker