Dua gempa bumi kuat di Asia Tenggara dikesan malam tadi

KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi kuat melanda Asia Tenggara dalam tempoh 30 minit malam ini masing-masing di Sumatera dan Kepulauan Loyalty.

Gempa bumi pertama dikesan di barat daya Sumatera, Indonesia berukuran 6.3 pada skala Richter ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada jam 8.52 malam berpusat di 228 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia pada kedalaman 49 km.

Gempa bumi kuat kedua berukuran 7.0 pada skala Richter kemudian dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty pada jam 9.20 malam.

MetMalayia berkata, gempa bumi itu berpusat di 868 km barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 10km.

Kedua-dua gempa bumi itu bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Leave a Reply