PRN Johor, MCA belum muktamadkan senarai calon

PETALING JAYA: MCA belum memutuskan senarai calon untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Hasni Mohammad.

Hasni yang juga calon Menteri Besar BN itu berkata, sewaktu Umno dan MIC yang sudah memutuskan calon masing-masing, MCA mahu memastikan calon yang dipilih benar-benar berkelayakan dan menepati sasaran gabungan itu dalam PRN Johor.

Sementara itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 70% calon yang diumumkan untuk PRN Johor adalah muka baharu.

Zahid berkata, 80% calon BN terdiri daripada individu berusia 55 tahun ke bawah dan mempunyai kelulusan akademik tinggi.

“Calon terpilih adalah calon terbaik daripada yang baik-baik.

“Semoga tenaga baharu lebih bertenaga untuk beri khidmat terbaik di Johor,” katanya ketika mengumumkan calon BN untuk PRN Johor di Facebook BN.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker