2 jenama rumusan bayi dari AS tidak dibenarkan masuk pasaran

2 jenama rumusan bayi dari AS tidak dibenarkan masuk pasaran

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) tidak membenarkan dua produk rumusan bayi keluaran Amerika Syarikat (AS) memasuki pasaran negara ini selepas dikesan mengandungi bakteria Cronobacter sakazakii dan Salmonella Newport oleh pihak berkuasa negara itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua produk itu ialah jenama Alimentum (400g) dan Human Milk Fortifier (0.9gx50 paket)

Beliau berkata, KKM telah menghubungi syarikat pengeluaran produk rumusan bayi berkenaan iaitu Abbott Laboratories (M) Sdn. Bhd. serta mengesahkan bahawa pihak syarikat sudah menarik semula produk yang berada di pasaran secara sukarela.

“KKM mengambil maklum laporan oleh Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA) mengenai isu penemuan bakteria Cronobacter sakazakii dan Salmonella Newport dalam rumusan bayi keluaran Abbott Nutrition’s Sturgis dari Amerika Syarikat.

“Hasil siasatan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati hanya dua produk rumusan bayi yang terbabit iaitu Alimentum (400g) dan Human Milk Fortifier (0.9gx50 paket) dengan nombor kumpulan yang dimulai digit 22 hingga 37 pada kod bar pada bekas bernombor K8, SH atau Z2 serta mempunyai tarikh luput 1.4.2022 dan seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, syarikat produk itu juga telah mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi peruncit, pengedar dan institusi yang membeli produk itu supaya menghentikan penjualan rumusan bayi berkenaan.

Katanya, bakteria Cronobacter sakazakii terdapat secara meluas di persekitaran dan boleh hidup pada keadaan kering seperti di dalam rumusan bayi.

“Jangkitan Cronobacter boleh menyebabkan meningitis atau sepsis, bagaimanapun ia jarang berlaku dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi adalah seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan,” katanya.

Beliau menasihatkan semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok berkenaan agar menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Manakala ibu bapa dan penjaga pula dinasihatkan mengenal pasti kumpulan kod rumusan bayi berkenaan serta berhenti menggunakan produk terbabit.

Mereka juga diminta memantau kesihatan bayi serta segera mendapatkan rawatan sekiranya bayi mempunyai gejala selepas meminum rumusan susu bayi berkenaan. E9

2 jenama rumusan bayi dari AS tidak dibenarkan masuk pasaran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker