Pejuang tentang BN, PN dan PH di 42 kerusi, Mahathir nyatakan keyakinan

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan akan bertanding di 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat atas keyakinan bahawa Pejuang adalah parti Melayu.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa segelintir kerusi yang ada tidak sesuai untuk Pejuang menempatkan calon mereka.



“Ada faktor tertentu yang diambil kira sebab Pejuang adalah parti Melayu. Bukan (kawasan) dominasi Melayu agak sukar untuk kita.

“Kita tak nak tunjuk kita tamak, hendak ambik semua.

“Kita bertanding 42 kerusi kalau menang separuh pun cukup,” katanya pada sidang media pelancaran Aspirasi Johor di sini pada Rabu.

Dalam masa sama katanya, Pejuang memainkan peranan dalam melawan rasuah bagi memastikan tadbir urus yang baik di pelbagai peringkat selain menghidupkan semula kerajaan berasaskan pilihan rakyat.
“Kita hidupkan semula kerajaan berasaskan pilihan rakyat iaitu kerajaan demokratik.



“Seperti yang kita tahu Malaysia sejak merdeka diperintah oleh parti Melayu yang dominan tetapi mereka tidak zalim.

PRN Johor medan UMNO ‘kuburkan’ Bersatu menuju PRU15
“Kalau kita lihat ketika pemerintahan orang Melayu dominan inilah, Malaysia beralih dari sebuah negara pertanian menjadi negara industri, kita dapat majukan negara ini hingga dapat gelaran (Asian Tiger),” katanya.

Pejuang tentang BN, PN dan PH, Mahathir yakin menang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker