Kerajaan sahkan kakitangan awam wanita mesti tutup aurat

Polis agama Taliban memaklumkan semalam bahawa wanita yang bekerja di jabatan-jabatan kerajaan Afghanistan perlu bertudung dan berselimut jika perlu, untuk menutup aurat atau mungkin hilang pekerjaan mereka, lapor laman berita Wion News.

Kebanyakan wanita dihalang bekerja di jabatan kerajaan sejak Taliban mengambil alih kuasa pada Ogos tahun lalu. Pemerintah baharu Afghanistan itu mendakwa bahawa kakitangan awam wanita akan dapat kembali bekerja setelah beberapa perkara ditetapkan pada keadaan sepatutnya seperti pengasingan pejabat antara lelaki dan wanita.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat dalam satu kenyataan semalam.



Kementerian berkenaan mendapat kemasyhuran semasa Taliban pertama kali berkuasa pada 1996 hingga 2001 kerana melaksanakan tafsiran peraturan Islam yang ditetapkan oleh pimpinan Taliban.

Tidak jelas mengapa kenyataan berkenaan dikeluarkan kerana kebanyakan wanita di negara tersebut sentiasa menutup kepala mereka di khalayak ramai dengan sekurang-kurangnya memakai selendang longgar.

“Mereka boleh berhijab mengikut kehendak mereka,’’ jata jurucakap kementerian, Mohammad Sadeq Akif Muhajir kepada AFP ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. – Agensi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker