Pemuda UMNO gesa Nanta Linggi mohon maaf atas kenyataan mengenai Palestin

Pemuda UMNO gesa Nanta Linggi mohon maaf atas kenyataan mengenai Palestin

PEMUDA UMNO menggesa Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menarik balik kenyataannya yang menolak idea untuk menerima pelarian Palestin ke Sarawak dan sterusnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kenyataan yang Sarawak tidak perlu menerima mana-mana pelarian, terutamanya dari negara yang terkenal dengan keganasan, kemarahan dan kebencian tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang menteri dari Malaysia.



Sebaliknya, menurut beliau, kenyataan itu wajar ditujukan kepada Israel dan Malaysia seharusnya memberi perlindungan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.

“Saya lihat tidak ada masalah sekiranya ada usaha untuk membantu mereka yang ditindas dan dizalimi ditawarkan perlindungan. Dalam keadaan yang begitu sulit buat mereka nyawa melayang, adakah Malaysia tergamak membiarkan begitu sahaja?

“Saya kesal dengan kenyataan itu yang juga memperlihatkan sikap penting diri dan tiada kepedulian terhadap kekejaman yang sedang dilakukan kepada mereka di sana.

“Ini bercanggah sama sekali dengan aspirasi yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri yang berada di Persidangan Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menegaskan kedudukan dan solidariti Malaysia terhadap Palestin,” katanya menerusi kenyataan Facebook rasminya malam ini.



Menurut beliau, adalah amat malang apabila seorang menteri kabinet membuat kenyataan yang cukup dangkal dan kontradik dari semangat ditonjolkan Malaysia.

“Dalam keadaan warga Malaysia dan warga dunia berdukacita terhadap kekejaman yang melanda rakyat Palestin, kenyataan ini menambahkan lagi kekecewaan tersebut.

“Saya menggesa YB Alexander Nanta Linggi, sekiranya benar kenyataan ini dibuat, sila tarik semula dan memohon maaf secara terbuka,” katanya. Utv

Pemuda UMNO gesa Nanta Linggi mohon maaf atas kenyataan mengenai Palestin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker