Halal bagi PAS, haram bagi yang lain

Halal bagi PAS, haram bagi yang lain

Pas perlu ikhlas untuk bekerjasama dengan UMNO tanpa meletakkan sebarang syarat.

Ahli Majlis Ulama UMNO Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mempersoalkan jemputan seorang pemimpin parti itu untuk bekerjasama dengan UMNO yang seolah-olah mahu memecahbelahkan UMNO.



Ini selepas pemimpin terbabit meletakkan syarat bahawa kerjasama itu tidak melibatkan pemimpin UMNO yang rapat dengan DAP.

“Adakah Pas mahu bermain dengan agenda pecah perintah di kalangan pemimpin UMNO sebagaimana Pas lakukan di akhir-akhir berkerajaan bersama di peringkat Persekutuan sebelum ini?

“Syarat kerjasama politik hendaklah dengan niat ikhlas menyatukan umat dan bekerjasama atas dasar kebajikan. Jangan dengan niat terselindung memecahkan parti rakan kerjasama,” katanya.

Khairuddin mengingatkan Pas bahawa parti itu pernah mengkritik DAP yang meletakkan syarat sama ketika mahu bekerjasama dengan Pas.



Pas mengkritik DAP kerana mahu meneruskan kerjasama dengan parti itu kecuali dengan Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Ketika itu pemimpin Pas bermatian mengecam DAP. Nampaknya hari ini mereka pula membuat perkara yang sama.

“Tapi biasalah sesuatu yang haram bagi orang lain akan jadi halal jika Pas melakukannya,” kata Khairuddin.

Semalam Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan UMNO sekali lagi dengan syarat tidak melibatkan pemimpin parti yang berpakat dengan DAP.



Tuan Ibrahim berkata, Pas percaya sebahagian besar ahli UMNO masih sayangkan Muafakat Nasional (MN) yang diwujudkan oleh kedua-dua parti pada 2019, selepas Barisan Nasional gagal mempertahankan Putrajaya pada PRU14.

Beliau memberi reaksi terhadap kenyataan bekas pemimpin UMNO Tan Sri Tajuddin Abdul Rahman yang mahu kedua-dua parti menghidupkan semula MN demi memperjuangkan agenda orang Melayu.

Pada 2015, pemimpin DAP Lim Guan Eng berkata, parti iu hanya memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi tetapi tidak dengan Pas.

Dewan Ulama Pas dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 menyifatkan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi namun mahu kekal meneruskan kerjasama dengan Pas dianggap penghinaan terhadap Presiden Pas. MG



Halal bagi PAS, haram bagi yang lain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker