PH dinasihat jangan buang masa bila MUDA mula mengada-ngada
PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) baru berusia setahun jagung. Sijil lahirnya mencatatkan kelahiran pada 23 Disember 2021. Jadi, Muda ini ibarat bayi pakai lampin, yang masih menyusu dan merangkak pun masih belum. Tetapi Muda mahu terus jadi remaja.
Nak jadi remaja pun, jadilah. Cuma isunya ialah Muda mula menjadi remaja yang sukar diatur. Saudara dan rakan didesak melayani kerenahnya dan mereka perlu akur dengan segala permintaannya, tidak kisah munasabah atau tidak.
Lihat sahaja gelagat Muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Enam kerusi yang diserahkan Pakatan Harapan (DAP dan Amanah) masih belum cukup untuk Muda.
Selain itu, PKR pula telah menawarkan tiga kerusi kepada Muda tetapi kesemua kerusi itu ditolak. Muda hanya mahu kerusi yang disasarkan, bukan yang ditawarkan. Begitu bergelora serakah Muda.
Muda menyatakan ia adalah wadah baharu dan membawa aspirasi rakyat khususnya suara pengundi muda.
Hairannya, Muda tidak berani bertanding di kawasan luar bandar dan memilih untuk mengelak bertembung dengan parti politik Melayu yang lain.
Sebaliknya, Muda sedar bahawa walaupun ia mempunyai ahli dan calon Melayu, kelangsungan politiknya ialah di kawasan bandar dan bergantung kepada ihsan pengundi bukan Melayu.
Tidak dapat dinafikan Muda ada kelebihan tersendiri yang boleh dimanfaatkan Pakatan Harapan (PH). Namun persoalannya sama ada PH bersedia akur dengan tuntutan dan membuat pengorbanan sampai perlu membayar harga yang tinggi untuk umpan Muda.
Eloklah PH di saat awal ini sedar bahawa Muda akan berterusan dengan tuntutan dan ugutan.
Muda telah memberi kata dua akan meletakkan 20 calonnya dalam PRN Johor jika pengagihan kerusi dengan PKR mencapai jalan buntu. Apakah PKR dan PH yang akan berkedip mata duluan dan angkat tangan atau akan mengambil ugutan Muda sebagai cabaran.
Nasihat untuk PH, jangan membuang masa melayan Muda berlebih-lebihan. Ngada-ngada lebih Muda ni!
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’
- Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin
- Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim
You must be logged in to post a comment.