Bidas MUDA? Ini jawapan Ketua Wanita PKR Johor
Kehadiran Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda) mengisi nama calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang pada asalnya diperuntukkan buat Parti Amanah Negara (Amanah), menimbulkan rasa kurang senang buat wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) di situ.
Bahkan Ketua Wanita Keadilan Johor, Napsiah Khamis Maharan yang dikatakan sebagai calon pilihan turut meluahkan rasa kecewa, bagi mewakili suara akar umbi di DUN berkenaan, terhadap tindakan Amanah memberikan kerusi mudah menang buat Pakatan Harapan (PH).
Malah Napsiah yang juga Exco Wanita Keadilan Pusat pernah menyifatkan tindakan Amanah sebagai satu pengkhianatan kerana kerusi berkenaan yang diberikan sebelum ini atas kesepakatan rakan lama dalam PH.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURUL NABILA AHMAD HALIMY bersama Napsiah yang mesra dengan panggilan Kak Nab untuk merungkai isu perbalahan di antara parti-parti berkenaan.
SINAR HARIAN: Minggu lalu, anda meluahkan kekecewaan apabila menyifatkan tindakan Amanah memberikan kerusi DUN Puteri Wangsa kepada Muda sebagai satu pengkhianatan kepercayaan yang telah akar umbi berikan. Mengapakah begitu?
NAPSIAH: Saya hanya meminta penjelasan dan mempersoalkan mengapa kerusi tersebut perlu diberikan kepada Muda dan tidak mempertahankan kerusi Parti Amanah itu sendiri?
Saya perlu menyuarakan pendapat jentera-jentera yang memberontak di bawah kerana kurang bersetuju dengan keputusan itu.
Sebagai orang lama, saya juga berpendapat sekiranya kita mahu seseorang itu menjadi calon, dia harus bersedia dari pelbagai aspek untuk menghadapi 100,000 pengundi di DUN Puteri Wangsa.
Apabila Muda sudah dicalonkan di Puteri Wangsa, pastikan rakyat tahu kewujudan dia (calon Muda) di situ.
Saya bercakap dari sisi luahan dan pendapat pengundi di sana.
Adakah benar anda tidak berpuas hati kerusi DUN Puteri Wangsa diberikan kepada Muda dan mendakwa calon itu sering menghubungi untuk mendapatkan nasihat sehingga berasa terganggu?
Saya tidak rasa terganggu cuma berasa agak kesal apabila persediaan untuk menghadapi PRN seperti bilik gerakan dan jentera itu tidak ada.
Saya sedikit kecewa apabila calon seolah-olah datang dengan tangan kosong.
Namun, apabila saya memberi teguran itu, saya rasa dia sudah boleh perbaiki banyak perkara dan membuat satu pasukan untuk PRN.
Jadi ia merupakan satu teguran yang membina.
Ada pihak yang mendakwa pertikaian kerusi tersebut boleh menjejaskan kempen atau kemungkinan sabotaj akan berlaku dalam PRN Johor nanti. Komen anda?
Saya tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut. Kita faham dalam mana-mana organisasi sekalipun pasti akan ada perbalahan kerana berbeza pendapat.
Dalam PRN (Johor) ini, politik sangat dinamik dan sentiasa berubah-ubah.
Apa yang terjadi itu bukanlah satu bentuk sabotaj, namun ia proses biasa dalam menempuh pilihan raya.
Saya tidak ada niat untuk menjatuhkan sesiapa kerana saya hanya mahu menjatuhkan korupsi dalam negara.
Apakah persediaan anda selepas dicalonkan untuk bertanding pada PRN Johor di kerusi DUN Kempas? Bagaimana pula dengan penerimaan rakyat di sana?
Pada Isnin lalu, PKR sudah mengumumkan lima calon pertama PRN Johor termasuk saya.
Saya menurut keputusan parti kerana sangat dekat dengan lokasi dan rakyat di sana kerana kedudukan rumah saya ke Kempas memakan masa 10 minit sahaja.
Saya sering ke sana untuk membeli barang dan amat mengenali tempat tersebut.
Apa perjuangan dan harapan untuk PRN Johor kali ini?
Saya mahu mengembalikan mandat rakyat seperti Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu yang mana PH mentadbir Johor.
INFO
Napsiah Khamis Maharan
Umur: 42 tahun
Jawatan dalam parti: Exco Wanita Keadilan Pusat dan Ketua Wanita Keadilan Johor
Pekerjaan: Usahawan
Pendidikan: Diploma Pemasaran
SHP
Baca Artikel Menarik:
- Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’
- Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin
- Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET