Bersatu nazak kerana Muhyiddin oportunis politik – Nur Jazlan
Bersatu nazak kerana Muhyiddin oportunis politik – Nur Jazlan
UMNO Johor menempelak kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh parti itu sudah ‘koyak rabak’ sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Timbalan Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, hakikatnya yang berlaku kini adalah Bersatu sebenarnya yang sedang ‘nazak’ dan hanya menunggu masa menjadi ‘arwah’.
Beliau berkata, perkara itu dibuktikan apabila sudah banyak siri kegagalan yang dicatatkan Bersatu sendiri terutamanya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Mungkin Muhyiddin sudah nyanyuk, dia lupa Bersatu tumbang pada PRK Tanjung Piai dan parti itu juga kecundang teruk pada PRN Melaka.
“Pada PRN Sabah juga, jika tak kerana kekuatan UMNO di sana, Bersatu pasti sudah tersungkur. Jadi siapa sebenarnya yang sudah koyak rabak, UMNO atau Bersatu?” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum ini, Muhyiddin ketika berucap pada program di Mersing pada Rabu mendakwa masa UMNO sudah berlalu dan parti itu kini tak seperti dahulu lagi kerana sudah ‘koyak rabak’.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga mendakwa Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan parti itu akan berkubur di negeri kelahirannya.
Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, UMNO dan Barisan Nasional sudah bangkit semula bukan sahaja di Johor malah seluruh negara bermula dengan PRN Melaka lagi.
Ujarnya, sebenarnya Bersatu kini berada dalam keadaan tertekan kerana jika mereka kalah teruk seperti di Melaka sekali lagi, riwayat parti serta kedudukan pemimpin mereka bakal berakhir.
Dalam perkembangan lain, Nur Jazlan turut membidas kenyataan Muhyiddin yang sekali lagi mendakwa keengganan beliau campur tangan dalam kes-kes ‘kluster mahkamah’ melibatkan pemimpin tertinggi UMNO menyebabkan dirinya hilang jawatan Perdana Menteri.
“Dia (Muhyiddin) tuduh pemimpin UMNO yang jatuhkan dia dari jawatan PM, padahal kegagalan dia mentadbir negara membuatkan rakyat marah dan mahukan dia berundur.
“Dia lupa ke dengan sokongan SD dari pemimpin parti kluster mahkamah lah dia diangkat jadi PM. Sampai bila Muhyiddin nak salahkan orang lain dan UMNO dalam setiap kegagalan yang dia ciptakan sendiri,” katanya.
Ujar Nur Jazlan, keruntuhan Bersatu sudah nampak jelas apabila Muhyiddin gagal dan turun sebagai Perdana Menteri selain kekalahan di Melaka dan hubungannya dengan Pas yang ditolak oleh pengundi bukan Melayu.
“Saya nasihatkan Muhyiddin daripada sibuk mencari salah saja sini, baik dia fokus kepada kerusi Pagoh yang mungkin bakal hilang pada PRU15 nanti.
“Sudahlah Bersatu pun sudah rapuh dan ditolak oleh rakyat, jangan sampai dia pun hilang kedudukan di tempat sendiri.
“Muhyiddin ini juga oportunis macam pemimpin lain dalam Bersatu dengan melarikan diri dari tanggungjawab mempertahankan kerusi Gambir,” katanya.
Sinar
Bersatu nazak kerana Muhyiddin oportunis politik – Nur Jazlan
Baca Artikel Menarik:
- Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
- PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
- Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
- Tuduhan melampau – Ebit Lew
- Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
- Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
- Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
- KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
- Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
- Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
- Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/
You must be logged in to post a comment.