SULUNG fokus usaha bantu pelajar B40 ke menara gading – Ismail
SULUNG fokus usaha bantu pelajar B40 ke menara gading – Ismail
PROGRAM Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) akan memberi tumpuan kepada usaha membantu pelajar B40 yang ahli keluarga belum ada seorang pun pernah menjejakkan kaki ke menara gading.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program digerakkan Ahli Parlimen Parit Sulung yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad adalah julung kali diadakan sempena Karnival Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Keluarga Malaysia di Parit Sulung, hari ini.
Ismail Sabri menyifatkan program itu sebagai unik kerana pelajar akan dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam.
Selain itu, kata beliau, pelajar terbabit turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga berjaya mendapat pekerjaan.
“Menjadi harapan saya agar dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar daripada kitaran B40 seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian.
“Kejayaan mereka ini nanti bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga tetapi juga kepada komuniti setempat.
“Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program SULUNG ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival KPT Keluarga Malaysia di Parit Sulung, hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut meminta masyarakat mengambil peluang untuk memanfaatkan pelbagai inisiatif berkaitan peluang kerjaya yang dikendalikan KPT.
Menurut Perdana Menteri, program seperti PENJANA KPT-CAP, PENJANA KPT-PACE, dan GetHired@KPT serta MyFutureJobs akan membantu mengurangkan lagi kadar pengangguran di negara ini ke paras di bawah 4.2 peratus.
“Apa yang pasti, program-program ini adalah berbentuk titik sentuh dan bertujuan untuk menyantuni keperluan denyut nadi rakyat,” jelas beliau.
Memberi contoh, Ismail Sabri berkata seperti program MYFutureJobs, berdasarkan rekod yang ada sebanyak 63,990 jawatan kosong di Johor ditawarkan melalui portal program berkenaan.
“Untuk tempoh karnival ini sahaja, saya difahamkan lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan. Justeru, saya menyeru semua yang hadir, untuk mengambil peluang ini dan menguar-uarkan juga kepada saudara-mara di luar sana yang memerlukan pekerjaan,” katanya. Utv
SULUNG fokus usaha bantu pelajar B40 ke menara gading – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini
You must be logged in to post a comment.