PM beri jaminan Kerajaan tidak akan paksa ibu bapa vaksin anak
ISKANDAR PUTERI – Kerajaan tidak pernah memaksa ibu bapa untuk membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan segelintir ibu bapa kononnya kerajaan memaksa program PICKids terhadap kanak-kanak adalah tidak benar.
“Tiada paksaan dan ia terbuka kepada ibu bapa yang mahu anak mereka divaksin. Vaksin dos pertama pun dulu ramai takut namun lepas itu ramai berabut-rebut pula.
“Cuma vaksin untuk kanak-kanak ini benda baharu, jadi ia normal. Ini kerana terlalu banyak cerita bukan-bukan yang tular.
“Kita tidak salahkan rakyat. Walaupun KKM sudah beri jaminan, namun ramai ibu bapa yang bimbang. Tetapi difahamkan semakin ramai ibu bapa hantar anak-anak mereka untuk divaksin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Taman Nusantara di sini pada Jumaat.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.
Sebelum itu, media melaporkan seramai 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui PICKids, setakat Khamis.
Jumlah itu mencatatkan peningkatan hampir 50,000 orang berbanding kelmarin yang merekodkan 289,912 kanak-kanak atau 8.2 peratus kumpulan usia sama.
Baca Artikel Menarik:
- Enam doktor pakar gagal kesan penyakit saya – Ustaz Kazim
- Penaja MUDA, selepas ‘kantoi’ ini jawapan Syed Saddiq
- Farhash tidak suka Rafizi
- PRNJohor: Mat Sabu, Mukhriz adakan pertemuan
- Sultan Johor undi kali terakhir
- Muhyiddin suruh UMNO ‘poddah’
- Nombor plat advance cetus tanda tanya, Ini jawapan JPJ
- Begini Cara Nak ‘Left’ Group WhatsApp Tanpa Diketahui Ahli Lain
- Pemilik kedai emas disamun ketika berhenti isi minyak (Video)
- PKR bidas MUDA agar ‘Move On’
- Hazwani Helmi akhirnya bersuara mengenai Shuib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini
You must be logged in to post a comment.