Harga emas naik ke paras tertinggi lapan bulan

Harga emas naik ke paras tertinggi lapan bulan

Harga emas naik ke paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan melepasi AS$1,900 seauns, apabila pertikaian yang berpanjangan di Ukraine mencetuskan permintaan terhadap aset lindung nilai itu.

Amerika Syarikat (AS) meningkatkan amaran mengenai kemungkinan serangan Russia, dengan Presiden Joe Biden berkata operasi ‘false flag’ mungkin sedang dijalankan.

Moscow berkata, tiada pencerobohan dirancang, namun memandangkan cadangan jaminan keselamatan daripada AS adalah tidak memuaskan, Russia mungkin terpaksa menggunakan ‘langkah teknikal ketenteraan’.

Emas menuju kepada kenaikan mingguan ketiga di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak.

Logam berharga itu membuat permulaan yang kukuh tahun ini, melonjak ke paras tertinggi sejak Jun, kerana kemungkinan konflik di Eropah meningkatkan harganya.

Komoditi itu bersedia untuk mencatatkan peningkatan mingguan kali ketiga walaupun Rizab Persekutuan (Fed) AS sedang bersedia untuk menaikkan kadar, yang dijangka boleh mengurangkan permintaan terhadap logam berharga berkenaan.

“Emas dijangka kekal tidak menentu,” kata pengurus pembangunan perniagaan di Guardian Gold Australia, John Feeney.

“Kita masih boleh melihat emas menambah sejumlah yang besar daripada berita rasmi pencerobohan,” kata Feeney, sambil menambah bahawa kemungkinan terdapat penurunan harga emas sebanyak AS$50 atau lebih jika keadaan kembali tenang.

Penganalisis Citigroup Inc termasuk Aakash Doshi menaikkan unjuran bagi harga emas jangka terdekat kepada AS$1,950 daripada AS$1,825, dengan memetik ketegangan geopolitik.

Harga emas spot naik sebanyak 0.2 peratus kepada AS$1,902.48 seauns, tertinggi sejak 11 Jun dan didagangkan pada AS$1,901.13 dalam urus niaga pagi di Singapura.

Indeks Spot Dolar Bloomberg pula tidak banyak bergerak.

Harga perak dan paladium adalah stabil, manakala platinum meningkat. BH

Harga emas naik ke paras tertinggi lapan bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker