Ambil peluang kerjaya anjuran KPT – Ismail

Ambil peluang kerjaya anjuran KPT – Ismail

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru masyarakat mengambil peluang untuk memanfaatkan pelbagai inisiatif berkaitan peluang kerjaya yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Beliau berkata melalui program seperti PENJANA KPT-CAP, PENJANA KPT-PACE, dan GetHired@KPT serta MyFutureJobs akan membantu mengurangkan lagi kadar pengangguran di negara ini ke paras di bawah 4.2 peratus.

“Apa yang pasti, program-program ini adalah berbentuk titik sentuh dan bertujuan untuk menyantuni keperluan denyut nadi rakyat,” katanya semasa berucap pada Karnival KPT Keluarga Malaysia di Parit Sulong, dekat sini hari ini.

Memberi contoh, Ismail Sabri berkata seperti program MYFutureJobs, berdasarkan rekod yang ada sebanyak 63,990 jawatan kosong di Johor ditawarkan melalui portal program berkenaan.

“Untuk tempoh karnival ini sahaja, saya difahamkan lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan. Justeru, saya menyeru semua yang hadir, untuk mengambil peluang ini dan menguar-uarkan juga kepada saudara- mara di luar sana yang memerlukan pekerjaan,” katanya. MG

Ambil peluang kerjaya anjuran KPT – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker