Fizz Fairuz akhirnya tewas, positif Covid-19


Fizz Fairuz akhirnya tewas, positif Covid-19

Selepas dua tahun bertahan dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelak daripada terkena jangkitan virus Covid-19, pelakon Datuk Fizz Fairuz reda apabila dia akhirnya disahkan positif virus berkenaan semalam.

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 43, bermula sebagai kontak rapat satu kes positif, namun selepas enam hari dia turut positif virus berkenaan.

“Selama dua tahun aku jaga, tolak segala kemungkinan, tapi akhirnya tewas juga. Hari ini aku disahkan positif Covid-19. Sebenarnya malas nak update, tapi tak best pula.

“Sebelum ini jumpa kawan-kawan, jadi kena beritahu juga, tidak mahu pentingkan diri. Setiap pagi buat ujian calitan, ingat kontak rapat sahaja. Selepas enam hari positif,” tulis Fizz di akaun Instagramnya.

Oleh itu, Fizz memohon kepada rakan-rakan dan orang yang bertemu dengannya baru-baru ini agar melakukan ujian calitan andai mempunyai sebarang simptom jangkitan Covid-19.

“Kepada mereka yang jumpa saya sebelum ini, kalau ada simptom apa-apa pergilah jalani pemeriksaan. Varian sekarang tidak ada simptom pun, tahu-tahu sudah positif.

“Kita jaga, tapi nak kena nasiblah. Jadi pengajarannya hari ini (semalam) aku tumpas, dua tahun bertahan,” tulis Fizz.

Sungguhpun begitu, Fizz yang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya bersyukur kerana isterinya, pelakon Datin Almy Nadia dan empat anaknya disahkan negatif virus tersebut.

“Alhamdulillah, isteri dan anak-anak semua negatif. Allah bantu permudahkan segala urusan. Kasihan my love jaga empat orang anak selama tujuh hari ini.

“Anggap sahajalah saya bekerja luar daerah, tetapi anak-anak kacau juga ketuk pintu assalamualaikum lepas itu lari. Cute sangat. Salam hari pertama kuarantin,” tulis Fizz.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan telah dikurniakan empat cahaya mata perempuan, Afrina Arianna, 5, Afrina Aurora, 4, Afrina Ayra, 3, Nur Afrina Aisyah yang berusia dua bulan dan seorang anak angkat, Afrina Darwisyah,11. K Online

Fizz Fairuz akhirnya tewas, positif Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker