Dalam Diam Farahdhiya Berkolaborasi Dengan ‘Rapper’ Korea Selatan

Dalam Diam Farahdhiya Berkolaborasi Dengan ‘Rapper’ Korea Selatan

SUDAH lama tidak muncul dengan dengan lagu baru, penyanyi dan pelakon Farahdhiya kembali dengan single terbaru berjudul “Tewas”.

Menariknya, single “Tewas” telah merubah 360 darjah genre muzik yang sering dibawakan Farahdhiya dalam kebanyakan lagu sebelum ini.

Lagu “Tewas” yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) turut menampilkan rapper dari Korea Selatan iaitu Denis dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea.
Percaya akan kualiti lagu ciptaan sepenuhnya oleh Pown Hasril, Karim Karam, Otromen, Nass dan DL itu, Farahdhiya tidak mahu menggunakan pendekatan gimik keterlaluan seperti dilakukan segelintir penyanyi.

“Untuk lagu ini tiada sebarang gimik sebab saya seorang yang ‘simple’ dan ‘straight forward’.

“Jadi nak keluar lagu kita buat cara biasa sahaja. Pada saya jika itu lagu yang bagus, penyanyinya bagus atau produknya baik kalau buat dengan cara yang biasa pun tiada masalah.

“Kadang-kadang kita tengok sendiri orang buat gimik sampai ada yang memalukan diri dan nampak bodoh sehingga dikecam.

“Saya tak sanggup semata-mata nak buat gimik sebegitu dan saya tidak perlukan itu. Bila nak keluar lagu, kita keluarkan lagu sahaja,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu “Tewas”, Farahdhiya berkata pertama kali mendengar lagu itu dia terus jatuh cinta dan bersetuju untuk merakamkannya.

“Diakui orang mengenali saya dengan lagu balada, jadi ini perkara baharu daripada saya dan saya sangat seronok.

“Kita pun mengikut peredaran zaman kerana lagu sebegini sekarang tengah ‘in’.

“Pertama kali dapat lagu ini saya terus setuju sebab saya sukakan melodinya yang ‘catchy’.

“Pada saya lagu sebegini cita rasa orang sekarang. Ini memang satu jenama baharu daripada saya dan saya sangat teruja.

“Ditambah pula lagu ini menggunakan tiga bahasa. Saya fikir ini peluang untuk menjayakan lagu ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farahdhiya berkongsi jadual kerjaya seninya padat selepas aktiviti seni kembali dibenarkan beroperasi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejak dibenarkan bekerja semula pada Oktober tahun lalu, Alhamdulillah jadual saya sangat padat sampai sekarang.

“Nyanyian dan lakonan seiring. Saya sibuk menjayakan persembahan korporat dan makan malam. Tawaran berlakon pun tak berhenti.

“Memang agak sibuk sebenarnya sejak mula dibenarkan bekerja semula dan fokus sekarang dengan lagu terbaharu ini.

“Ada juga beberapa drama yang akan keluar seperti “Roti Cicah Susu” yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria tak lama lagi.

“Ada juga drama dengan penstriman Viu. Kerjaya saya berjalan dengan lancar Alhamdulillah,” katanya.-GEMPAK

Dalam Diam Farahdhiya Berkolaborasi Dengan ‘Rapper’ Korea Selatan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker