Teman wanita ada kekasih baharu, lelaki minum petrol, bakar diri

Teman wanita ada kekasih baharu, lelaki minum petrol, bakar diri

Akibat kecewa susulan teman wanitanya mempunyai kekasih baharu, seorang lelaki dipercayai membakar diri dan keretanya di Kampung Syed Omar, Bintong, Kangar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Wari Kiew berkata, dalam kejadian kira-kira 8.40 malam itu, bahagian badan mangsa berusia 28 tahun dan pemilik kedai aksesori kenderaan itu dilaporkan melecur 96%.



“Seorang saksi yang dalam perjalanan pulang ke rumah memberhentikan keretanya di belakang kereta mangsa sedang terbakar dan mendapati lelaki itu sedang berjalan ke arahnya.

“Saksi tersebut kemudian keluar dari kereta dan cuba menenangkan mangsa sebelum menghubungi pihak polis, bomba dan ambulans,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Utusan Malaysia.

Wari berkata, kebakaran itu dipadam tidak lama kemudian dan mangsa dihantar ke Hospital Tengku Fauziah (HTF) untuk rawatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa ialah pesakit luar Jabatan Psikiatri HTF dengan beberapa rekod cubaan membunuh diri, termasuk mengelar tangan pada Januari lalu dan minum racun tikus sehari sebelum kejadian.



Beliau berkata, bapa mangsa mahu membuat laporan polis selepas mangsa mendakwa terminum petrol dan keluar rumah menaiki kereta Perodua Axia berwarna biru untuk memotong rumput di rumah datuknya dI Kaki Bukit kira-kira 8.45 malam.

“Sebaik sahaja tiba di Balai Polis Kangar, polis memaklumkan menjumpai sebuah kereta terbakar sebelum dia ke lokasi dan mengesahkan kereta terbakar itu milik anak lelakinya.”

Wari berkata, mangsa yang dalam keadaan kritikal diberikan bantuan pernafasan di zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma HTF.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. FMT



Teman wanita ada kekasih baharu, lelaki minum petrol, bakar diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya



Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker