Lokman padam hantaran berkait Khairy

Lokman padam hantaran berkait Khairy

Lokman Noor Adam memadam semua kenyataan dan video membabitkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung isu vaksin Covid-19 yang dimuatnaik di media sosial.

Peguam Norfazilah Jaafar yang mewakili Lokman, berkata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu memadam hantaran berkenaan sebagaimana diarahkan mahkamah, setelah Khairy memperoleh injunksi ex-parte (sebelah pihak) pada 3 Feb lalu.

Khairy pada 25 Jan lalu, memfailkan saman fitnah terhadap Lokman, memohon suatu perintah injunksi supaya Lokman memadam kenyataan dan video bersama-sama kapsyen, tajuk dan komen dalam tempoh 24 jam dan suatu injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.

Beliau juga memohon defendan untuk memadam kenyataan fitnah yang diterbitkan semula di semua portal berita serta akaun media sosial dalam tempoh 24 jam.

Norfazilah berkata, pada prosiding hari ini, yang berlangsung secara dalam talian (Zoom), Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong membenarkan permohonan Khairy supaya injunksi ex-parte yang diperolehnya itu dilanjutkan sehingga tarikh pendengaran injunksi inter-parte (antara pihak) pada 10 Mei.

“Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pendengaran injunksi inter-parte, namun ditangguhkan kerana pihak defendan memohon tempoh masa untuk memfailkan afidavit balasan dalam permohonan injunksi itu.

“Mahkamah membenarkan defendan (Lokman) memfailkan afidavit balasan dan pernyataan pembelaan (berhubung saman) sebelum atau pada 3 Mac, selain membenarkan permohonan plaintif (Khairy) untuk melanjutkan injunksi ex-parte,” kata peguam itu yang turut memaklumkan prosiding hari ini turut dihadiri peguam Abdul Rashid Ismail mewakili Khairy.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Khairy, 46, yang juga Ahli Parlimen Rembau, memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa Lokman telah memfitnahnya menerusi dua video serta memuat naik gambar di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 6 Jan lalu, membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook itu dan YouTube “Lokman Adam”, pada 10 Jan.

Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau berbohong dan menipu orang ramai dengan mendakwa dia telah diberi vaksin Covid-19 serta menerima dos ketiga serta memalsukan maklumat berkenaan status vaksinasi.

Menurut plaintif, penerbitan fitnah itu menyebabkan reputasi dan integritinya terjejas teruk serta mengurangkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadapnya sama ada melalui kapasiti peribadi dan profesional selain menyebabkan reputasinya direndahkan dalam kalangan masyarakat yang berfikiran waras. FMT

Lokman padam hantaran berkait Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker