Iqbal Mengaku Tidak Terasa Hati Dengar Komen Juri, Ada Peminat Jadi ‘Batu Api’ Suruh Saman Ajai

Iqbal Mengaku Tidak Terasa Hati Dengar Komen Juri, Ada Peminat Jadi ‘Batu Api’ Suruh Saman Ajai

TERSINGKIR pada minggu kedua program nyanyian Big Stage 2022, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui kecewa kerana tidak dapat meneruskan saingan dalam pertandingan nyanyian itu.

Menerima keputusan juri dengan hati terbuka, Iqbal, 28, berkata dia meletakkan harapan untuk kekal berada dalam program tersebut dan melakukan yang terbaik semasa persembahannya itu.



“Sejujurnya sedikit kecewa tersingkir… saya ada letak harapan nak kekal dan teruskan menyertai program ini. Saya pun sedang belajar dan baru nak panas, rasa selesa bekerjasama dengan semua orang termasuk peserta lain yang sebaya dengan saya, kami baru nak rapat.

“Tapi nampaknya tak ada rezeki untuk saya teruskan, saya pun sedar mungkin akan tersingkir sebab tu saya buat yang terbaik di konsert minggu kedua.

“Secara keseluruhannya saya bangga dengan diri sendiri, saya melangkah berani dan semua orang di dewan beri sorakan meraikan saya.

“Alhamdulillah ramai dah mula suka dan nampak semangat saya, mereka puji kata saya berjiwa kental dan merendah diri.



Memang ramai yang mesej beri kata semangat,” katanya kepada mStar.

Pada konsert minggu kedua, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan mendapat markah tercorot iaitu 9.2 peratus sekaligus gagal meneruskan perjuangan.



Menurut juri tetap iaitu Ajai, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.
“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi… ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur,” komen Ajai.

Mengulas mengenai komen pedas juri itu, Iqbal mengakui tidak terasa hati dengan kritikan berkenaan, namun menegaskan sama sekali enggan berhenti mengejar cita-cita sebagai penyanyi.



“Saya tak sentap, okay sahaja, menerima dengan hati terbuka dan serap semua komen yang diberi oleh orang yang lebih lama dan berpengalaman dalam industri.

“Walaupun ada penyokong saya marah di laman sosial dan minta saya saman Ajai kerana komen begitu tapi saya terima daripada sudut positif sahaja. Meskipun pedih tapi saya kena reda dengan komen yang diberikan juri.

“Walau apa pun kata Ajai, itu tak bermakna saya akan berhenti, kata-kata itu tidak akan membuatkan saya putus asa atau berhenti daripada menyanyi.

https://www.youtube.com/watch?v=KJvxM8buJ5k

Saya bukan nak jadi hebat cuma saya berminat untuk belajar lebih lagi mengenai muzik dan mahu jadi seorang penghibur.



“Saya tak mahu pertikaikan komen juri itu tapi sejujurnya saya tak boleh berhenti menyanyi, kata-kata itu sama sekali tidak menutup minat saya.

Saya akan tetap teruskan minat ini. Kalau boleh saya nak galakkan semua orang belajar vokal bukan semata-mata untuk jadi penyanyi tapi kerana ilmu dan minat,” ujarnya.-mSTAR

Iqbal Mengaku Tidak Terasa Hati Dengar Komen Juri, Ada Peminat Jadi ‘Batu Api’ Suruh Saman Ajai

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker