Ayah berubah sikap selepas kahwin Miera – anak
Ayah berubah sikap selepas kahwin Miera – anak
“Walaupun tidak sehaluan atau tak mahu bercakap, kami harap emak dan abah boleh menjadi ibu bapa baik kepada anak-anak,” katanya.
Demikian harapan anak tiri pelakon Miera Leyana iaitu Nur Izzah, 26, berhubung krisis rumah tangga ibu bapanya, Rosland Othman, 50, dan Adibah Abdul Mutalib, 50, ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pelantikan wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) mereka, pagi tadi.
Nur Izzah yang juga anak sulung dari lima beradik itu berkata, dia sudah tentu sedih sekiranya perceraian adalah jalan terakhir kepada kemelut rumah tangga ibu bapanya, namun reda dengan ketentuan Allah.
“Saya kecewa dan sedih, tetapi kalau boleh dapat penyelesaian yang baik dan tidak bercerai ia adalah lebih bagus.
“Jika bercerai kami tetap akan sedih, namun dalam masa sama, kami merasakan ia jalan terbaik untuk emak sebab sudah dua tahun menanggung derita.
Baca Artikel Menarik:
Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak
“Kami sebagai anak-anak menyokong apa sahaja keputusan emak sebab kami nampak bagaimana penderitaannya. Jadi, apa pun keputusannya, anak-anak tetap memberikan sokongan kepadanya.
“Namun, apabila keputusannya adalah perceraian, saya berharap emak dan abah masih boleh menjadi ibu bapa baik sebab mempunyai adik di bawah usia 12 tahun.
“Jadi, saya harap mereka dapat jadi ibu bapa baik kepada anak-anak,” katanya kepada BH Online.
Nur Izzah mendakwa, bapanya berubah sikap selepas berkahwin dengan Miera pada Julai 2020, justeru tidak menyimpan perasaan kesal apabila tidak bertegur sapa ketika bersua di mahkamah, pagi tadi.
“Kami terima sebab abah menjadi orang berbeza sekarang. Saya tak rasa apa-apa, malah saya lebih tenang tidak bercakap dengannya.
Baca Artikel Menarik:
“Malah, kami juga tidak berhubung sejak abah mengambil adik pada Februari lalu, kerana beliau menyekat saya di aplikasi WhatsApp,” dakwa Nur Izzah.
Melihat apa yang dilalui oleh ibunya, Nur Izzah berkata, dia cuba menjadi pendengar yang baik dan sentiasa berada dengan ibunya meskipun sudah berkahwin.
“Saya cuba sentiasa ada bersama emak walaupun sudah berkahwin. Saya juga cuba cakap pada emak supaya mengutamakan kesihatan mentalnya.
“Semuanya yang jadi adalah ujian dan ada hikmah. Disebabkan itu, saya cuba menjadi pendengar dan bahu untuknya menangis.
“Malah, saya juga katakan pada emak buatlah apa yang menggembirakannya.
Baca Artikel Menarik:
- Netizen Sebak Baca Ucapan Terakhir Meerqeen
- Baik, buruk dia suami saya – isteri Hattan
- Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan
“Alhamdulillah, emak seorang yang tenang dan kuat. Dia hanya memerlukan kami sebagai penyokongnya,” katanya.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Adibah, Mohd Junid Ramli berkata, mereka akan menunggu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan tarikh bagi sesi JKP.
“Hari ini adalah prosiding pelantikan wakil JKP dan kedua-dua pihak membawa wakil dan mahkamah menerima wakil dibawa.
“Kedua-dua pihak melantik ahli keluarga, anak guam saya melantik abang sulungnya manakala plaintif melantik adiknya.
“Jadi, kami akan menunggu panggilan atau surat JAWI untuk menentukan satu majlis JKP bersama wakil yang sudah dilantik.
Baca Artikel Menarik:
“Kami belum tahu tarikhnya, bila selesai JKP barulah kami hadir ke mahkamah kembali pada Jun depan. Tengoklah sama ada boleh berdamai atau perkara lain,” katanya.
Rosland hadir ke mahkamah ditemani adiknya, Kamarul Othman serta ibu dan abang kepada Miera Leyana, Aisah Abdullah dan Mohd Fadley Kasmi.
Bagaimanapun, Rosland berlalu pulang, enggan ditemubual selepas prosiding pelantikan JKP.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan Rosland dan isteri pertama, Adibah merujuk JKP bagi menangani krisis rumah tangga mereka.
Perkara itu diputuskan Penolong Pendaftar, Seri Ariful Asyikin Mohamad Yusof untuk Rosland dan Adibah melantik wakil masing-masing dalam JKP.
Baca Artikel Menarik:
Ashraf Muslim Sambut Raya Bersama Dua Isteri, Ini Respon Netizen
JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan yang dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, permohonan cerai difailkan Rosland pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Media ada melaporkan, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.
Pada 31 Januari lalu, Rosland yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik, gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. BH
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET