Paderi bakar buku Harry Potter lawan pengaruh syaitan

Paderi bakar buku Harry Potter lawan pengaruh syaitan

WASHINGTON – Seorang paderi di negeri Tennessee membakar berpuluh-puluh buku genre fantasi termasuk Harry Potter dan Twilight dalam usaha untuk menentang ‘pengaruh syaitan’, lapor portal berita Oddity Central, kelmarin.

Tindakan tersebut disiarkan secara langsung di Facebook.

Paderi berkenaan, Greg Locke memulakan syarahan pada Rabu minggu lalu dengan memberitahu jemaahnya bahawa dia menerima arahan daripada Tuhan untuk mengadakan upacara pembakaran buku.

Upacara itu dianjurkan untuk mengecam perkara berkaitan sihir melibatkan berpuluh-puluh buku seperti Harry Potter dan Twilight serta objek lain yang didakwa melambangkan ilmu sihir.

“Berhenti membenarkan pengaruh syaitan memasuki rumah anda. Bawa semua barang berkaitan Harry Potter yang kalian miliki. Ketawa sebanyak mana kamu mahu wahai pembenci, saya tak kisah.

“Ini adalah 100 peratus sihir. Semua buku dan filem Twilight. Ia penuh dengan mantra, syaitan, perubahan bentuk dan ajaran kultus,’’ tulis Locke dalam catatan di Facebook yang kini telah dipadamkan.

Semasa upacara dijalankan, Locke turut mengajak peserta untuk membakar daun terup, papan Ouija, bola kristal penyembuhan, patung berhala, buku mantra dan segala yang berkaitan ilmu hitam.

Locke turut meyakinkan bahawa gereja itu mempunyai permit untuk membakar sesuatu bahan selain menambah, gereja mempunyai hak untuk membakar bahan berkaitan ilmu sihir sekiranya mengancam hak agama, kebebasan dan sistem kepercayaan mereka. K Online

Paderi bakar buku Harry Potter lawan pengaruh syaitan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker