Cara Hilangkan Cacing Halus Dalam Pasir Yang Rosakkan Akar Pokok

Cara Hilangkan Cacing Halus Dalam Pasir Yang Rosakkan Akar Pokok!

Nematod ialah sejenis sejenis haiwan intertebrata yang boleh hidup dalam tanah, tanaman dan juga air. Spesis yang menyerang pokok biasanya tidak boleh terus hidup dalam air. Perosak ini hidup dalam tumbuhan dengan memakan kandungan sel-sel akar, batang dan daun.

Bagi anda yang gemar bercucuk tanam, pasti tahu nematod atau cacing halus banyak di pasir sungai dan akan merosakkan tanaman jika menggunakannya. Antara cara boleh dicuba untuk membunuh cacing halus adalah dengan menggunakan clorox.

CARA HILANGKAN CACING HALUS DALAM PASIR YANG ROSAKKAN AKAR POKOK



Ada sembang dengan rakan kerja. Bercerita tentang pokok tin. Saya kata pokok tin ni susah jaga sebab perlu medium yang tak boleh terlalu lembab, tak terlalu kering. Antaranya perlu pasir dalam medium digunakan.

Eloknya guna pasir sungai. Tapi ada masalah pula kalau guna pasir sungai. Pasir sungai banyak nematod! Apa itu nematod? Nematod adalah cacing halus yang merosakkan akar pokok.

Simptom serangan nematod bermula dengan pokok terbantut. Apabila dicabut dan lihat pada akar ada kesan bintil bintil seperti bengkak. Ini adalah serangan nematod.

Cara yang saya tahu untuk basmi nematod adalah dengan pasir dan media tanah perlu dibakar dalam ketuhar atau dijemur pada terik matahari (2-3 hari). Menurut rakan kerja yang mengajar bidang akuakultur, dalam bidang perikanan pula, pasir mereka basmi dengan klorox.



30ppm klorox dalam air. Bersamaan 3mL klorox dalam 10L air. Rendam pasir dalam larutan klorox tersebut selama 24 jam. Kemudian tus dan boleh guna. Alhamdulillah. Ilmu baru bagi saya. Bagus ada pertukaran idea melalui bidang berlainan.

Mungkin akan saya buat untuk media tomato. Asyik mati je tomato kalau tanam guna tanah biasa ni. Caranya, siram dengan larutan klorox sebelum tanam. Kemudian jika nampak pokok mula layu, siram dengan larutan ini lagi selama 3-4 hari berturut-turut. SL

Cara Hilangkan Cacing Halus Dalam Pasir Yang Rosakkan Akar Pokok


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker