Batu ‘Trembling Rock’ 137 tan terangkat apabila ditolak

Batu ‘Trembling Rock’ 137 tan terangkat apabila ditolak

Sebuah bongkah batu seberat 137 tan di bandar Huelgoat, Perancis yang dinamakan Trembling Rock, menarik perhatian pelancong kerana bergoyang apabila ditolak, walaupun oleh orang biasa, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Batu tersebut dinamakan sedemikian kerana akan bergoyang atau bergegar pada tempatnya jika sesiapa menolak pada bahagian yang betul.

Batu granit besar itu menjadi tarikan pelancong ke Hutan Huelgoat selama bertahun-tahun.

Menerusi klip video yang disiarkan di laman Instagram baru-baru ini, seorang lelaki dilihat menggerakkan batu berukuran 7 meter panjang itu dengan hanya menolak punggungnya pada hujung bongkah tersebut.

Dalam satu paparan video lain, batu itu dilihat bergoyang-goyang dengan mudah walaupun sangat berat.

Mengulas perkara aneh itu, saintis Institut Fizik (IOP) yang berpangkalan di London, Dr. Mark Whalley sebaliknya memberitahu, Trembling Rock bergerak berdasarkan hukum fizik.

“Bayangkan sebuah jongkang-jongket. Dua orang boleh duduk di kedua-dua hujungnya dan jongkang-jongket itu masih seimbang. Namun, hanya sedikit gerakan menyebabkan jongkang-jongket itu terangkat. Prinsip ini mungkin berlaku pada batu granit tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, kata Whaley, batu itu perlu diperiksa untuk membuat kesimpulan mengenai apa yang membuatkan ia bergegar. Tanpa melawat tapak tersebut dan melakukan kajian, tidak mungkin soalan tersebut akan terjawab secara muktamad. K Online

Batu ‘Trembling Rock’ 137 tan terangkat apabila ditolak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker