Penyokong teori konspirasi dakwa ada bangunan makhluk asing di Bulan

Penyokong teori konspirasi dakwa ada bangunan makhluk asing di Bulan

Kumpulan penganalisis teori makhluk asing percaya bahawa terdapat objek terbang tidak dikenali (UFO) dan bangunan gergasi dibina di Bulan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi paparan di laman YouTube, satu klip video menunjukkan tiga struktur menyerupai bangunan berada di Bulan dengan salah satu lokasi penemuan tersebut adalah kawasan di mana kapal angkasa Apollo 15 mendarat pada tahun 1971.



Rakaman yang dimuat naik oleh saluran penyelidikan makhluk asing, Secureteam10 itu menganggarkan bangunan tersebut menyamai saiz sebuah pasar raya Walmart.

Saluran itu mempunyai lebih dua juta pengikut yang mahukan lebih banyak pembongkaran dibuat berhubung UFO dan makhluk asing.

“Kita tidak perlu membina sesuatu di Bulan kerana mereka (makhluk asing) sudah pun ada di sana.

“Dalam video ini, anda akan melihat struktur bangunan bersaiz pasar raya Walmart di Bulan. Binaan itu berada di atas sebuah bukit. Ia begitu hampir dengan tapak pendaratan misi Apollo dan ia bukan satu kebetulan,” kata penulis Secureteam 10, John Ege. K Online



Penyokong teori konspirasi dakwa ada bangunan makhluk asing di Bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]



Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker