Jemaah umrah siap sedia wang lebih di Mekah

Jemaah umrah siap sedia wang lebih di Mekah

Kebenaran kembali menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci semalam selepas sebulan ditangguhkan berikutan penularan varian Omicron tetap membuatkan para jemaah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Persediaan itu termasuklah dalam menyediakan wang lebih sebelum berangkat ke Mekah bagi kemungkinan terpaksa menjalani kuarantin, ujian calitan atau dijangkiti Covid-19 di Mekah nanti.



Seorang pesara guru, Rosli Jaafar, 55, berkata, pengalaman dua kali terlepas mengerjakan umrah kerana pandemik Co­vid-19 membuatkan dia lebih bersiap sedia.

“Takut juga kena kuarantin atau ada kos lain yang akan dikenakan nanti di Mekah, jadi duit lebih kena ada bawa siap-siap,” jelasnya kepada Kosmo! semalam.

Seorang lagi bakal jemaah, Ahmad Ikhsan Ibrahim, 48, turut melakukan perkara sama kerana baginya perjalanan ke Tanah Suci ketika pandemik memerlukan persediaan setiap aspek.

“Berdasarkan nasihat mereka saya pun menyediakan kos luar jangka kerana kita tidak mahu bebanan pada syarikat pengendali umrah selain keluarga di sini,” ujarnya.



Bagi Sabree Ahmad, 63, yang berasal dari Bota, Perak pula, dia sedar akan kenaikan mendadak kes Covid-19 ketika ini, namun hanya mampu berserah dan tawakal kepada Allah.

Katanya, dia dan isteri juga sudah mengambil dos penggalak bagi memenuhi syarat ditetapkan oleh agensi umrah.

Sabree berkata, dia dan isteri sepatutnya berlepas pada 8 Ja­nuari lalu, namun ditunda susulan penangguhan ibadah umrah oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Kassim Yunan, 64, ketika ditemui sebelum berlepas ke Mekah semalam berkata, dia bersyukur kerana berpeluang menunaikan ibadah umrah selepas dua kali tertangguh sejak dua tahun lalu.



Katanya, dia akui turut bimbang dengan perkembangan terkini penularan kes Covid-19, namun hanya mampu berserah dan reda.

“Saya juga kena bawa duit le­bih untuk tampung kos jika ke pusat kuarantin dan melakukan ujian Pantas Tindak Balas Berangkai Polimerase di Mekah dan ketika balik ke Malaysia nanti,” jelasnya.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi EMRAZ Travel & Tours, Shahrul Izuan Shafie mengingatkan jemaah umrah tidak ambil mudah prosedur operasi stan­dard (SOP) di Mekah nanti.

“Jika jemaah Malaysia ambil mudah aspek SOP, maka tidak mustahil penutupan sementara akan dikenakan semula,” ujarnya. K Online



Jemaah umrah siap sedia wang lebih di Mekah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]



Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker