Kedudukan Bersatu, Muhyiddin tak menentu menjelang PRN Johor

Kedudukan Bersatu, Muhyiddin tak menentu menjelang PRN Johor

Kedudukan Bersatu dan Presidennya Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam keadaan yang tidak menentu ketika persediaan menjelangnya pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis politik.

Menurut penganalisis, parti itu mempunyai perjuangan yang sukar mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu selepas keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tahun lalu dan kegagalan dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor – negeri kelahiran Muhyiddin – akan memberi kesan terhadap masa depan parti itu dan presidennya.



Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Muhyiddin tertekan untuk mencapai keputusan “yang hebat” kerana beliau berasal dari Muar serta merupakan Ahli Parlimen Pagoh.

Katanya, kepimpinan Muhyiddin akan dipersoalkan sekiranya Bersatu tidak boleh melakukan lebih baik di Johor berbanding prestasi buruknya dalam PRN Melaka pada November apabila Perikatan Nasional (PN) – gabungan pimpinan Bersatu – hanya menang dua daripada 28 kerusi yang ditandinginya.

Seorang profesor di Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, Bersatu akan bergelut tanpa undi bukan Melayu yang diraih melalui PH pada pilihan raya umum (PRU) 2018.

Menurutnya, perjuangan pelbagai bangsa menentang rasuah adalah salah satu faktor pendorong kemenangan PH dalam PRU dan tanpa PH, Bersatu tidak mungkin mendapat tahap sokongan yang sama seperti 2018.



Katanya, keputusan Muhyiddin untuk tidak bertanding semula di Gambir mungkin berpunca daripada kehilangan undi bukan Melayu.

Manakala itu Oh berkata, keputusan itu boleh ditafsirkan sebagai tanda kelemahan atau kurang keyakinan dan menyebabkan kepimpinan Muhyiddin menjadi persoalan.

Data pilihan raya menunjukkan 41% sokongan yang diterima oleh Muhyiddin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir datangnya daripada pengundi Cina dan India.

Fauzi berkata, Muhyiddin perlu menjelaskan mengapa beliau memilih untuk tidak bertanding, bukannya hanya berdiam diri. Beliau boleh menggunakan keadaan kesihatannya sebagai alasan yang boleh diterima.



PRN Johor bagi memilih 56 anggota DUN mesti diadakan sebelum 23 Mac. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat pada Rabu untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian. FMT

Kedudukan Bersatu, Muhyiddin tak menentu menjelang PRN Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?



Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker