Teman baik Ruhainies bersuara

Teman baik Ruhainies bersuara

Dua sahabat baik Ruhainies dikenali sebagai Zahar dan Fyzal mendakwa emosi pelakon kontroversi itu terjejas ekoran insiden ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz di sini, baru-baru ini.

Zahar atau nama sebenar, Azahr Aziz mendakwa perwatakan Ruhainies berubah rentetan kontroversi itu.



“Ruhainies okay sahaja dan masih bekerja seperti biasa. Cuma dia lebih banyak berdiam.

“Kami sebagai rakan nasihatkan Ruhainies usah baca komen (dilontar netizen dalam media sosial). Disebabkan itu, dia tutup ruang komen.

“Bagaimanapun, Ruhainies tahu perkembangan berlaku. Kami juga tertekan membaca komen berbaur kecaman dalam media sosial,” katanya ditemui pada majlis berbuka puasa dengan Izzue Islam di sini, malam tadi.

Mendakwa berkawan dengan Ruhainies sejak sembilan tahun lalu, Zahar percaya temannya itu tidak bersalah.



“Apabila dapat tahu berita dia ditangkap khalwat, kami sangat terkejut. Tidak mungkin Ruhainies berbuat begitu.

“Dia baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukanlah seperti yang diperkatakan. Selebihnya, kami tidak mahu ulas kerana tidak berada di lokasi ketika kejadian,” dakwanya.

Sementara itu, Fyzal menafikan dia dan Zahar adalah pembantu peribadi Ruhainies yang didakwa bersama pasangan selebriti itu, pada malam kejadian.

“Difahamkan, ada seorang lagi individu merangkap pembantu peribadi Ruhainies temani mereka. Tetapi dia difahamkan terpaksa berpatah balik kerana mahu mengambil baju,” dakwanya.



Pada 8 Mac lalu, Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) atas dakwaan khalwat.

Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil memohon maaf susulan insiden itu. BH

Teman baik Ruhainies bersuara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker